Kenyataan Shabudin Yahaya Disalah Tafsir Media Berkenaan Kahwin Perogol

Share This:

Hanya kerana media salah mentafsirkan ucapan perbahasan seorang Ahli Parlimen, habis semua masyarakat mengecam beliau padahal beliau hanya berucap berdasarkan pengalamannya sahaja menangani kes seperti itu sebelum ini.

Itulah yang terjadi kepada Ahli Parlimen, Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya (BN) yang membuat cadangan perkahwinan mangsa rogol bawah umur berkahwin dengan perogolnya mampu menyelesaikan masalah sosial.

Beliau tidak merujuk kepada perogol yang ganas dan merosakkan mangsa tetapi merujuk kepada perogol yang melakukan persetubuhan dengan mangsa yang dibawah umur padahal mereka suka sama suka.

The Star Online menulis berita dengan tajuk yang mengelirukan apabila menggunakan tajuk “Okay For Rapist To Marry Victim, Even Some 9-Year Old Can Marry” yang menunjukkan seolah-olah Shabudin menyebelahi perogol dan mahu mangsa berkahwin dengan perogolnya seterusnya dibebaskan.

Padahal, Shabudin jelas menyatakan bahawa beliau tidak menyokong perbuatan merogol malah bersetuju supaya perogol dikenakan hukuman mengikut undang-undang dan peraturan yang diguna pakai.

Bagaimanapun, beliau berkata jika ada keizinan wali (keluarga) dan kebenaran dari Mahkamah Syariah, maka gadis berkenaan iaitu mangsa mengikut takrif persetubuhan dengan gadis bawah 16 tahun adalah rogol walau dengan kerelaan gadis itu, ia boleh dikahwinkan dengan orang yang menyetubuhinya, selepas persetujuan dari kedua-dua pihak.

Tidak timbul isu siapa yg akan berkahwin dgnnya itu adalah orang yg ditakuti kerana mahkamah yang menyiasat dan mempertimbangkannya sebelum kebenaran di keluarkan.

IMalah besar kemungkinan perogol itu ialah teman lelaki yang saling menyayangi gadis tersebut dan terlanjur melakukan persetubuhan dgn gadis tersebut tanpa menghiraukan umur gadis itu yg belum mencapai 16 tahun.

Perlu difahami bahawa perkahwinan yg berlaku adalah sah dan di bolehkan oleh Agama Islam.

Jika mangsa masih menyayangi lelaki yang merogolnya atas dasar suka sama suka itu dan mereka dikahwinkan dengan persetujuan dari kedua-dua keluarga, maka emosi si gadis akan lebih tenang apabila di akhirnya dapat bersama dengan orang yang bertanggungjawab menyetubuhinya sebelum ini.

Akibat daripada hanya mengambil sebahagian sahaja ucapan perbahasan Shabudin ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Parlimen sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kenyataan Shabudin jelas sudah disalah tafsir oleh media tertentu menyebabkan rakyat mendapat gambaran salah tentang apa yang cuba disampaikan oleh beliau.

Ramai Ahli Parlimen lain mempunyai reaksi berbeza-beza apabila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Shabudin itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*