Kegagalan Lim Guan Eng Mentadbir, Kesengsaraan Buat Rakyat Pulau Pinang

Share This:

Sudah memasuki tahun ke sembilan buat Lim Guan Eng menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Selaku Setiausaha Agung DAP yang dilantik sebagai Ketua Menteri, pastinya harapan besar diletakkan di bahu Guan Eng oleh para pengundi DAP untuk menjadi negeri contoh yang ditadbir oleh DAP dengan jayanya.

Namun, setelah masuk tahun ke sembilan, boleh dikatakan, langsung tiada sebarang perkara atau kemajuan di bawa oleh Lim Guan Eng. Sepanjang hampir 3,285 hari menduduki Komtar, skandal penyelewengan dan pelbagai masalah sahaja yang timbul dan hangat diperkatakan. Guan Eng gagal membawa kemajuan ke negeri Pulau Pinang seperti mana yang tercatat pada manifestonya semasa Pilihan Raya Umum ke 12 dan 13 lalu.

Memetik satu artikel daripada blog milik Naib Presiden, Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan (https://datukhuanpcm.blogspot.my/2017/04/nama-lim-guan-eng-akan-tercatat-sebagai.html), secara sinis beliau meletakkan nama Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling gagal dalam sejarah. Pelbagai sebab digariskan oleh Datuk Huan bagi melayakkan Lim Guan Eng diletakkan dalam status berkenaan.

Antara yang digariskan ooleh beliau adalah kegagalan beliau memajukan ekonomi negeri, penjualan tanah secara besar-besaran kepada pihak asing, kegagalan Guan Eng menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda Pulau Pinang walaupun peruntukan RM 150 juta telah diberikan kepada kerajaan negeri dan paling utama kegagalan Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang.

Menurut artikel berkenaan, apa yang di tinggalkan oleh Tun Lim Chong Eu sejak berpuluh tahun yang lalu telah lesap begitu sahaja di bawah pentadbiran Guan Eng. Bayangkan, sepanjang Guan Eng mentadbir Pulau Pinang, lebih 13 buah kilang telah ditutup operasinya. Tidak cukup dengan itu, lebih 7 bidang tanah lesap begitu sahaja kepada pihak asing yang dianggarkan berjumlah RM 12.5 bilion.

Lim Guan Eng juga didapati dengan mudah membazirkan wang kerajaan negeri untuk melaksanakan kajian Terowong dasar laut dan kajian keperluan Jambatan Pulau Pinang ketiga di mana hasil kajian ini masih belum menampakkan hasilnya.

Semua perkara ini telah melayakkan Guan Eng dilabel sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang paling gagal dalam sejarah. lebih mengharukan, kegagalan Guan Eng ini turut dirasai oleh rakyat Pulau Pinang di mana banyak perkara masih belum mampu diselesaikan hasil dari ketidak cekapan Guan Eng menangani sebarang masalah yang timbul. Inilah Lim Guan Eng “the failure”.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Kegagalan Lim Guan Eng Mentadbir, Kesengsaraan Buat Rakyat Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*