Permohonan Maaf Najip Ali Retorik Pembangkang

Share This:

MEMANG tipikal pembangkang yang menabur fitnah, mengeji dan menghina dengan angkuh. Kemudian, mereka dengan mudah meminta maaf selepas berjaya mendatangkan kerosakan (damage has been done).   Namun, perlukah kita membiarkan perkara ini berlarutan mengikut rentak tari pembangkang pimpinan DAP?

Satu “hukuman” yang berat dan berterusan perlu dikenakan kepada rakyat Singapura yang menghina negara kita agar mereka tidak lagi melakukan perkara tersebut sewenang-wenangnya.

MEDIACORP tampil memohon maaf berhubung isu menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan hiburan OK Chope! yang disiarkan di Saluran 5.

Ketua Pegawai Pelanggan MediaCorp, Debra Soon berkata, Saluran 5 dan pasukan produksi OK Chope! ingin secara ikhlas memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia berhubung rancangan yang disiarkan pada minggu lepas.

Begitu mudah sekali mereka menyusun rancangan jahat tersebut. Kita amat maklum bahawa DAP mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Singapura.

Menurut sumber, parti DAP ditubuhkan atas arahan mendiang Lee Kuan Yew bagi memastikan Singapura akan dapat menguasai Malaysia suatu hari nanti setelah mereka berjaya merampas negeri tersebut melalui tipu muslihat dahulu.

Oleh itu, bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila MEDIACORP melalui Saluran 5 mempersendakan Perdana Menteri Malaysia yang berbangsa Melayu sedangkan mereka mempunyai undang-undang yang ketat dan tegas berkenaan tindakan menghina pemimpin Singapura sepertimana yang terjadi kepada Amos yang kini ditahan di Amerika Syarikat.

Salah seorang pelawak yang terlibat di dalam program berkenaan Najip Ali juga turut menyatakan permohonan maaf berhubung komen yang diberikannya. Sesetengah pihak berpendapat Najib Ali turut terlibat dalam aktiviti LGBT atau menyokong aktiviti tersebut yang ditentang oleh kerajaan Malaysia.

“Sejak beberapa hari lepas, saya melihat semula komen-komen yang diberikan di dalam segmen saluran 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Saya sedar bertapa saya tidak sensitif dan tidak berhemah. “Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Saya meminta maaf kepada penonton serta rakan-rakan,” kata Najip Ali.

OK Chope! adalah rancangan komedi yang menampilkan Vernetta Lopez sebagai pengacara dan Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See sebagai ahli panel.

Baru-baru ini, stesen penyiaran Mediacorp milik Temasek Holdings menerusi program ‘OK Chope!’ dalam episod ke-26 program itu dilihat telah mempersendakan dan menghina perdana menteri.

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress”.

Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Nampaknya Singapura enggan mengakui pentadbiran Perdana Menteri kita yang berbangsa Melayu telah berjaya menyelamatkan negara dari kemelut kemerosotan ekonomi dunia dengan berterusan membawa pelabur dari luar negara seperti China dan India.

Kepada rakyat Singapura, sesungguhnya kami amat bersyukur mempunyai seorang Perdana Menteri yang amat berhemah seperti Datuk Seri Najib Tun razak. Kami tidak akan sesekali mahu menjadi rakyat Singapura yang kerajaannya ternyata menindas dan menganiaya rakyat mereka.

  1. Singapura mengecaj GST pada jumlah yang lebih tinggi dari Malaysia,

2.Singapura tidak ada pengecualian daripada GST

3. Singapura mengenakan cukai ke atas petrol pada $0.56 setiap liter (cukai sebanyak RM1.77 setiap liter) untuk petrol RON95,

4. Singapura mengenakan caj dan cukai kesesakan setiap kali menggunakan jalan-jalan bandar.

5. Sebuah Perodua Axia akan berharga RM170,000 setiap satu di Singapura dengan cukai yang tinggi. Mereka memaksa anda menukar kereta anda setiap 10 tahun atau akan dikenakan lebih banyak cukai.

6. Singapura mengenakan cukai sebanyak RM30 bagi setiap pek rokok

7. Singapura meningkatkan caj air anda sebanyak 30% dalam tempoh dua tahun akan datang

8. Yuran hospital dan klinik tinggi di Singapura dengan kadar komersial

9. Singapura tidak membenarkan anda untuk mengeluarkan wang anda daripada KWSP sehinggalah anda berusia 65 tahun  dan membayar anda 2% dividen setiap tahun untuk KWSP anda

10. Singapura meningkatkan hutang luar negeri kepada RM5.5 trilion dan bukannya sekadar RM900 bilion seperti Malaysia sekarang ini. Hutang Kerajaan Singapura kepada KDNK mencapai 110%

11. Singapura mengenakan undang-undang hasutan yang membolehkan mereka memenjarakan anda selama 1 tahun (walaupun anda sudah 3 bulan mengandung) kerana menyiarkan perkara palsu dalam blog atau portal.

12. Singapura melaksanakan ISA

13. Singapura memenjarakan pemimpin pembangkang di bawah ISA selama 23 tahun – tanpa perbicaraan atau sebarang dakwaan.

Kepada rakyat Singapura aka penyokong DAP, kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kami.

  • PRU14.tv

Comments

comments

One thought on “Permohonan Maaf Najip Ali Retorik Pembangkang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*