Gandingan Fattah-Fazura Kurang ‘Chemistry’ ?

Share This:

Nampaknya kehadiran pelakon Fazura bergandingan dengan jejaka idaman Malaya, Fattah Amin dalam drama Hero Seorang Cinderella semakin tidak sabar ditunggu oleh para peminat.

 
Buktinya, sebuah petikan drama tersebut yang dikongsikan oleh pengarahnya, Michael Ang menerusi Instagram mendapat respon luar biasa dengan lebih 100 ribu tontonan tak sampai 24 jam dimuat naik. 
 
Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang memuji penampilan Fazura yang berhijab dalam drama tersebut. Malah dikatakan dia merupakan pengganti paling tepat kepada Neelofa. 
 
Pun begitu, tak kurang juga yang mengkritik dan masih sukar move on dengan gandingan Fattah bersama Neelofa sebelum ini. 
 
“Tak cukup chemistry macam dengan Lofa,” ujar seorang peminat. 
 
 
Namun, ia disangkal oleh peminat yang lain, katanya penonton harus membuka minda dan bukannya hanya mengharapkan Neelofa sahaja menjadi gandingan Fattah untuk semua drama lakonannya. 
 
Apa pun, bagi anda yang belum menonton petikan eksklusif drama tersebut, silakan menonton dahulu di bawah ya, sebelum memberi komen. 
 

Foto: Ig Michael

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*