Channel 5 Pandang Rendah Sokongan Rakyat Malaysia Kepada Najib

Share This:

Stesen televisyen Channel 5 Media Corp di Singapura nampaknya tersalah langkah dan memandang rendah kekuatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menjadikan pemimpin negara ini sebagai bahan jenaka dalam rancangan bual bicara mereka.

Biasanya, stesen televisyen akan memilih negara yang disangkakan boleh menerima gurauan seperti itu berdasarkan kepada keadaan suasana politik di negara berkenaan.

Mereka tersalah apabila menjangkakan bahawa rakyat Malaysia sedang membenci Najib kerana suasana palsu yang pembangkang wujudkan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang RM2.6 bilion.

Pembangkang memberi gambaran bahawa rakyat di negara ini sudah tidak sukakan Najib melalui demontrasi jalanan Bersih, berita palsu di internet dan juga khabar angin jahat yang disebarkan di merata-rata menggunakan agensi media asing.

Bagaimanapun, mereka silap, sekali sahaja pengacara Singapura, Najip Ali mempersendakan Najib, Channel 5 dan pengacara berkenaan terus dikecam hebat oleh netizen sebenar yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Melalui media sosial, Najip Ali dikecam dan dikritik termasuk stesen televisyen berkenaan sehingga memaksa mereka membuat kenyataan memohon maaf kepada Perdana Menteri atas keterlanjuran mereka.

Seperti biasa, perkara yang tidak betul sudah pun dilakukan dan kemudian baru hendak meminta maaf.

Netizen yang tampil mempertahankan Najib secara terbuka adalah kumpulan majoriti rakyat dengan rasa patriotisme sebenar serta bersama kerajaan yang berdiam diri memerhatikan sahaja pembangkang menghentam kerajaan.

Apabila Najib dikritik atau dipersenda secara terangan oleh orang luar, mereka tampil dan mempertahankan Perdana Menteri tanpa perlu diminta.

Mereka memberi desakan dan tekanan kepada pihak Astro untuk menyingkirkan Najip dari terus menjadi juri dalam progran Maharaja Lawak Mega yang sedang ditayangkan stesen televisyen itu ketika ini di Malaysia.

Dengar cerita, hari Jumaat ini Najip sudah pun digantikan dengan juri lain yang juga berasal dari negara jiran itu serta difahamkan juga pernah menjadi juri rancangan berkenaan. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Channel 5 Pandang Rendah Sokongan Rakyat Malaysia Kepada Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*