Channel 5 Minta Maaf Kejadian Najip Ali Persenda PM Najib

Share This:

Selepas melakukan onar memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu rancangan televisyen, stesen televisyen Channel 5 Mediacorp mengeluarkan kenyataan memohon maaf berkenaan segmen yang kontroversi dalam rancangan Ok Chope!

Kejadian memalukan melibatkan bekas Pengacara Asia Bagus, dan kini juri Maharaja Lawak Mega Najip Ali yang memperlekeh serta mengkritik Najib secara tidak beretika dan biadab di dalam rancangan itu pada 29 Mac lepas.

PRU14.tv meletakkan terus kenyataan media dari Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp Debra Soon dan artis, Najip Ali memohon maaf atas insiden berkenaan.

Kenyataan Media

Channel 5 Mediacorp meminta maaf bagi segmen yang menyinggungkan dalam OK Chope!

Pada hari Rabu 29 Mac, Channel 5 Mediacorp telah menyiarkan satu episod rancangan komedinya yang OK Chope! yang merangkumi segmen mengenai Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Penonton telah memberikan komen bahawa segmen itu adalah menyinggungkan.

Sebagai respon kepada pertanyaan media, Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Debra Soon dan artis bebas Najip Ali, yang muncul dalam rancangan itu, berkata yang berikut:

Debra Soon, Ketua Pegawai Pelanggan, Mediacorp berkata,

“Channel 5 dan pasukan produksi OK Chope! ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kerana segmen dalam episod minggu lepas. OK Chope!, satu rancangan siaran langsung setiap minggu, menampilkan pelawak-pelawak yang menyediakan komen-komen lucu berdasarkan berita dan hal ehwal semasa. Episod minggu lepas memuatkan rujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dalam keadaan yang tidak baik dan menyakitkan hati. Dengan itu, kami telah mengeluarkannya daripada siaran ulangan yang berkuat kuasa serta merta. Kami memohon maaf untuk kesilapan ini.”

Najip Ali berkata, “Sejak beberapa hari yang lalu saya telah menimbang semula semua komen yang telah saya buat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya sedar betapa tidak sensitif dan tidak berhati perutnya saya. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Saya merayu pengampunnya dan dari penonton dan kawan-kawan saya.”

OK Chope! adalah rancangn komedi siaran langsung dengan panel mingguan yang meperlihatkan sisi lucu hal ehwal semasa. Hos Vernetta Lopez dan ahli panelnya Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See, cuba untuk “chope” antara satu sama lain, untuk memberi pendapat mereka mengenai kejadian terbaru di media sosial, berita dan budaya pop.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia ekoran Najip merupakan artis yang berpangkalan di Singapura dan mencari rezeki di Malaysia tetapi tidak menghormati pemimpin negara ini sehingga sanggup mengatakan sedemikian dalam satu rancangan televisyen.

Najip dikecam hampir kebanyakan netizen warga negara Malaysia serta mereka menuntut Najip diharamkan dari masuk ke negara ini dan menyingkirkan beliau dari menjadi juri dalam program realiti terbitan Astro itu. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Channel 5 Minta Maaf Kejadian Najip Ali Persenda PM Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*