Calon Pramugari Malindo Air Perlu Buka Baju Dalam Sesi Temuduga

Share This:

BUKA baju untuk lihat tanda pada badan? Memang alasan yang tidak boleh diterima akal. Pramugari menghidang makanan dan membantu penumpang bukannya menayang bahagian badan yang ditutupi baju pada pihak tertentu. Kini Malindo Air terpalit dalam kontroversi. Mereka dilaporkan telah meminta calon temuduga untuk menanggalkan baju semasa sesi temuduga pada 11 Mac yang lalu, lapor Malay Mail Online, hari ini.

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi firma itu, Raja Sa’adi Raja Amrin mempertahankan langkah itu dengan berkata, adalah menjadi hak majikan untuk meminta calon pramugari yang berpotensi untuk mendedahkan bahagian dada kepada penemuduga.

Beliau, bagaimanapun, menjelaskan calon berkenaan hanya diminta untuk menanggalkan baju dan bukannya coli, seperti yang didakwa oleh para pengadu yang menghadiri sesi temuduga berkenaan.

Firma penerbangan mahu melihat jika calon-calon mempunyai apa-apa tanda di bahagian badan mereka kerana pakaian seragam Malindo yang sebahagiannya agak jarang, kata beliau yang dipetik oleh portal berita berkenaan.

“Ia bukan satu isu. Kami mempunyai hak untuk menjalankan pemeriksaan badan ke atas mereka. Saya rasa kebanyakan syarikat penerbangan buat perkara yang sama,” jelasnya sambil menambah ia perkara biasa bagi kebanyakan syarikat penerbangan kerana anak kapal perlu sentiasa rapi.

“Kita perlu melihat sama ada mereka (pemohon) mempunyai parut, jerawat atau tatu yang boleh dilihat melalui pakaian seragam. Pramugari kami memakai korset dalam dan jika ia dilindungi oleh korset, itu adalah okay,” ujar beliau.

Pramugari Malindo Air memakai pakaian seragam sama ada baju putih yang berkolar tinggi atau kebaya putih yang dipadankan dengan kain sarung.

“Kami perlu tahu jika terdapat parut atau apa-apa tanda yang boleh dilihat pada kaki apabila sedang berjalan,” katanya.

“Belah pada kain sarung juga disesuaikan dalam apa-apa keadaan dengan membolehkan pramugari bergerak dengan mudah terutamanya semasa kecemasan,” kata beliau.

Nampaknya mereka cuba bagi alasan bodoh untuk menghalalkan tindakan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab perlu menangani masalah ini dengan segera memandangkan ianya mengundang kemarahan ramai pihak.

Comments

comments

One thought on “Calon Pramugari Malindo Air Perlu Buka Baju Dalam Sesi Temuduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*