Baling Batu Atas Kenderaan Di Lebuhraya, 4 Remaja Ditahan Polis

Share This:

Semalam, pihak polis telah berjaya menahan empat remaja dipercayai membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Sungai Lalang ke Gurun dekat Sungai Petani, lapor Utusan Online.

Ketika ditahan, remaja-remaja berkenaan sedang bersembunyi di bawah jejantas di laluan berkenaan sebelum bertindak membaling batu ke arah kenderaan yang lalu di lebuh raya itu kira-kira jam lima petang.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, perlakuan remaja-remaja yang masing-masin berumur 14 tahun dan masih bersekolah itu disedari orang awam yang lalu di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada peronda lebuh raya.

“Maklumat diterima daripada orang awam yang memaklumkan kepada pihak peronda arah selatan ada kejadian membaling batu ke arah kenderaan.

“Mereka kemudian menahan di tempat kejadian empat suspek dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut” katanya hari ini.

Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*