Suami Sihir Kemaluan Isteri Melekat Dengan Kekasih

Share This:

Baru-baru ini, seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk menangkap isterinya yang curang, iaitu dengan menggunakan ilmu hitam.

Dia menggunakan Juju, iaitu satu bentuk mandrem untuk memalukan isterinya ketika wanita tersebut menemui kekasihnya di sebuah hotel di Kenya.

Ketika mereka sedang seronok berselingkuh, secara tiba-tiba badan wanita itu terlekat pada kekasihnya tidak dapat `dipisahkan’ hingga memaksa mereka meminta bantuan.

Namun satu-satunya cara ialah dengan mendapatkan rawatan doktor dan bagi tujuan itu, pasangan berkenaan perlu keluar dari hotel terbabit.

Ketika mereka diusung dari hotel itu, wanita tersebut menutup muka dengan selimut kerana malu. Dia turut mengerang kesakitan.

Kelibat mereka yang diusung itu bagaimanapun telah menarik perhatian orang ramai yang berada di luar hotel dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan aksi yang memalukan itu.

Video itu telah disebarkan melalui media sosial.

Sementara itu, media tempatan melaporkan si suami menggunakan ubat untuk menangkap isterinya namun ada juga yang berpendapat keadaan itu berlaku disebabkan masalah otot yang dialami oleh alat sulit wanita terbabit.

Pasangan itu bagaimanapun tidak didedahkan identitinya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*