Siapa Ketua Sebenar PPBM?

Share This:

Sejak dari awal tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ramai yang ingin melihat bagaimana pergerakan parti berkenaan dalam usaha mereka mahu menumbangkan UMNO. Diawal penubuhannya, mereka sedikit sebanyak berjaya mengoyahkan UMNO dengan diketuai oleh mereka yang pernah menjadi pemimpin tertinggi UMNO satu ketika dahulu.

Melihat kepada barisan kepimpinan tertingginya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tidak hairanlah ada pendapat menyatakan, UMNO kian goyah apabila orang-orang kuatnya kini menerajui PPBM. Persoalannya, benarkah dakwaan demikian? Paling utama, siapa sebenarnya yang mengetuai PPBM?

Pada peringkat awal pemberontakan ketiga-tiga individu ini, mungkin ada benarnya juga UMNO berasa sedikit goyah. Namun kesemuanya mampu ditangani dengan begitu baik oleh UMNO dan hari ini, ahli UMNO kembali merapatkan saf mereka bersama-sama kepimpinan yang ada pada hari ini bagi menangkis sebarang tuduhan dan fitnah liar yang dilemparkan oleh bekas pemimpin-pemimpin UMNO ini.

Namun begitu, timbul pula persoalan, memperlihatkan penglibatan aktif Mahathir dalam parti ini sehingga cuba untuk menentukan siapa yang patut menjadi pemimpin tertinggi PPBM dan Pakatan Harapan, adakah Muhyiddin hanya sekadar patung cendana yang diletakkan di kerusi Presiden sedangkan segala hala tuju parti ditentukan oleh Mahathir?

Bukan satu rahsia lagi bahawa Mahathir benar-benar mahu merencanakan keadaan dan masa depan PPBM mengikut acuannya yang tersendiri. Namun begitu, dalam banyak segi, apa yang dilakukan Mahathir ini sebenarnya telah melangkaui kuasa seorang Presiden sehingga adakalanya, Presiden PPBM ini seperti langsung tidak membuat sebarang kerja.

Sebaliknya, Mahathir dilihat lebih menyerlah dengan impiannya untuk meletakkan Mukhriz selaku calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jauh lebih menyerlah dari ketokohan Muhyiddin. Agak pelik apabila Muhyiddin seolah-olah diketepikan dalam percaturan politik Mahathir dan Mukhriz sedangkan beliau seorang Presiden parti dan berhak menentukan hala tuju PPBM berbanding Pengerusi parti itu sendiri.

Jadi, tidak hairanlah apabila terdapat khabar angin yang mendakwa Muhyiddin sedang menimbangkan untuk kembali semula ke pangkuan UMNO setelah kecewa melihat dominasi yang dibuat oleh Mahathir terhadap partinya. Walhal, sebelum ini, segala urusan pendaftaran dan perlantikan diserahkan kepada Muhyiddin. Namun apabila PPBM sudah mula mampu bergerak, nama Muhyiddin semakin diketepikan.

Jika kita mengikuti rapat politik tanahair, tiada apa yang menghairankan terhadap senario politik PPBM. Sejak dahulu lagi, Mahathir akan mempergunakan sesiapa sahaja asalkan kemahuan politiknya berjaya dilaksanakan. Jarang orang yang membantu Mahathir kekal dan inilah yang berlaku terhadap Muhyiddin di dalam PPBM, parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Siapa Ketua Sebenar PPBM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*