Projek Panggung Wayang Dibatalkan, Anak Hadi Awang Tidak Bersetuju

Share This:

Pada 2 april lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang menafikan mengeluarkan kenyataan sepertimana yang telah dilaporkan dalam satu artikel oleh barisanrakyatpru14.blogspot.com.

Menurut ketuannya, Yusof Abdul Hadi Pemuda Pas berdiri diatas prinsip bahawa islam tidak menghalang umatnya berhibur selagi tidak lari daripada landasan yang ditetapkan oleh agama.

“Dalam menyediakan hiburan kepada generasi remaja , pengawasan dari pihak kerajaan dan PBT adalah amat perlu bagi menutup pintu kepada punca masalah sosial yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, waktu operasi yang ada sekarang, pihak LFS dan PBT perlulah mengikut garis panduan sepertimana yang telah diwartakan dalam Enakmen Pusat Hiburan dan tempat-tempat hiburan sepertimana yang telah diwartakan dalam Enakmen bil 12 tahun 2002.

Seperti yang disebut oleh YB Alur Limbat dalam Sidang Dun penggal ke-5 baru-baru ini agar Kerajaan dan PBT mengkaji semula waktu operasi tayangan Pangung Wayang bagi membendung masalah gejala sosial yang bertambah parah dalam masyarakat mutakhir ini.

Ekoran itu, dalam rakaman video perbahasan itu juga menyatakan bahawa kerajaan perlu mengkaji dan menarik balik pembukaan panggung wayang tersebut yang telah disebut sepertimana rakaman ditularkan.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Projek Panggung Wayang Dibatalkan, Anak Hadi Awang Tidak Bersetuju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*