Perlombongan Pasir Haram, Cuba Suap Pegawai SPRM

Share This:

Apabila membaca berita yang tertera di bawah, apa yang anda fikirkan? Samada mereka tidak sedikit pun takut dengan undang-undang atau mereka ini termasuk di dalam golongan yang melihat hukuman di Malaysia ini terlalu ringaan untuk jenayah skandal rasuah?

Syabas kepada dua pegawai SPRM kerana tahu harga diri dan meletakkan nama baik SPRM di tempat yang paling tinggi.

Rezeki halal untuk anak isteri dan bukannya menghalalkan segalanya untuk menyuap anak isteri.

Dua lelaki yang merupakan penyelia tapak lombong haram dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai SPRM.

Mereka yang menjalankan aktiviti perlombongan pasir secara haram di Tanah rizab kerajaan, di Putrajaya cuba memberi rasuah kepada dua pegawai tersebut. K.Mohan, 42, dan How Ah Lai, 45, kedua-duanya merupakan penyelia tapak lombong haram mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Madihah Harullah.

 

  • Seterusnya baca di sini

Comments

comments

One thought on “Perlombongan Pasir Haram, Cuba Suap Pegawai SPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*