Penyeluk Saku Licik Warga Romania Akhirnya Berjaya Ditangkap

Share This:

Pada Isnin lalu, rakyat Romania diberkas di Singapura kerana didakwa curi dari beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Singapura dengan menggunakan taktik gerakan tangan lincah.

Sekurang-kurangnya 12 kes pencurian dilaporkan antara 31 Mac hingga 2 April. Agensi berita tempatan, MediaCorp melaporkan dua aduan polis yang terawal dibuat setelah juruwang menyedari wang hilang pada hujung syif mereka.

Pemeriksaan dalaman yang dibuat oleh pengurusan pasar raya tersebut mendapati modus operandi suspek cuba mendekati dua juruwang untuk menukar kepada wang nilai kecil, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Semasa pertukaran itu, kedua-dua juruwang tidak begitu fokus kepada wang yang ditukarkan dan dipercayai wang dicuri dalam proses tersebut, semasa suspek hanya mengembalikan sebahagian wang nota kepada juruwang.

Suspek – dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 dengan 39 tahun – menggunakan taktik sama dalam kes-kes lain. Beberapa aduan difailkan juga termasuk satu kes apabila rantai emas berjaya dicuri dari tukang emas.

Identiti suspek kemudian dikenal pasti setelah pegawai polis Singapura menjalankan siasatan menyeluruh di lokasi-lokasi kejadian dan meneliti semula rakaman imej video daripada rakaman litar kamera keselamatan tertutup.

Semua tiga suspek warga asing itu berkaya diberkas di sebuah hotel murah di Lorong 18 Geylang sekitar pukul 5.55 pagi pada 3 April, menurut laporan berita oleh stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Beberapa barangan dirampas, termasuk wang kertas Singapura berjumlah S$4,996, wang dolar Amerika Syarikat berjumlah AS$5,980 dan mata wang negara lain seperti lira Turki, pound Britain dan Euro Kesatuan Eropah.

Empat buah telefon bimbit dan pelbagai barangan kemas juga dirampas. Siasatan awal pihak polis mendedahkan baawa tiga rakyat Romania itu memasuki Singapura pada 29 Mac lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Dalam pada itu, mereka menyasarkan premis runcit yang sibuk. Suspek didakwa di mahkamah pada Selasa. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Penyeluk Saku Licik Warga Romania Akhirnya Berjaya Ditangkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*