Pemimpin PAS Hina Bekas Naib Presiden Mahfuz Omar

Share This:

Mengapa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (PAS) tidak mengetahui bahawa Muktamar Tahunan PAS akan diadakan pada hujung bulan ini?

Beliau berkata, dirinya tidak dimaklumkan bahawa parti berkenaan akan mengadakan program tahunan itu.

Sebaliknya, Mahfuz berkata, setakat yang diberitahu, muktamar PAS pada tahun ini akan diadakan pada Jun nanti.

Nampaknya Mahfuz seperti sudah tidak diendahkan oleh PAS biarpun pernah menjadi Naib Presiden parti itu sebelum ini.

Mahfuz memberikan komitmen akan hadir muktamar berkenaan kerana menganggap dirinya masih ahli sah PAS.

“Bulan enam nanti saya akan hadir. (Bulan April) saya tidak tahu, mana ada…,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

PAS dijadual mengadakan muktamar tahunannya yang ke-63 mulai 29 April hingga 1 Mei ini di Alor Setar, Kedah.

Mahfuz adalah anggota parlimen Pokok Sena, Kedah, dan bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Selain itu Mahfuz juga pernah dilantik sebagai ketua pemuda dan Ketua Penerangan PAS Pusat.

Pada bulan Februari lepas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyarankan supaya Mahfuz meninggalkan PAS kerana sering mengkritik serta menyerang partinya sendiri.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” kata Nik Amar yang juga Naib Presiden PAS ketika ini.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, walaupun Mahfuz tidak dimaklumkan mengenai muktamar itu, beliau boleh hadir sebagai pemerhati jika tidak terpilih sebagai perwakilan.

Mengakui tidak pasti kedudukan Mahfuz sama ada dilantik menjadi perwakilan atau tidak, Takiyuddin berkata, semua orang boleh hadir ke muktamar PAS sebagai pemerhati.

Nampaknya tindakan ini jelas seperti menunjukkan rasa tidak puas hati pemimpin PAS ke atas Mahfuz seperti mahu beliau keluar terus dari parti berkenaan.

Ada pihak mengatakan bahawa pemimpin PAS kini dilihat seakan-akan sedang menghina Mahfuz kerana sering mengkritik peringkat tinggi kepimpinan parti itu supaya beliau kemudiannya mengumumkan keluar dari parti. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Pemimpin PAS Hina Bekas Naib Presiden Mahfuz Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*