Pandai Putar Belit, Rafizi Digelar Pembelit Profesional

Share This:

Ianya benar, rakyat suka dengar dan percaya bahawa kerajaan ini bodoh, lemah dan korup. Lalu apabila Rafizi Ramli mendakwa kerajaan ini berbelanja mewah dan melakukan transaksi perniagaan yang tidak logik, ramai yang percaya.

Rafizi Ramli memberitahu Parlimen kerajaan berbelanja mewah sebanyak RM 380 juta untuk 60% saham, sedangkan Kumpulan Rajawali hanya mengeluarkan RM 25 juta untuk 40% saham dalam projek pembangunan komersial Hotel St Regis dan Langkawi International Covention Center.

Realitinya projek ini dibiayai oleh pinjaman bank Pembangunan Malaysia sebanyak RM 305 juta dengan kadar faedah 4%.

Dalam projek usahasama ini Kerajaan mengeluarkan modal dalam bentuk suntikan dana 35 juta dan geran 40 juta. Jumlah ialah RM 75 juta sahaja.

Hebatnya Rafizi, beliau berjaya meyakinkan sebahagian orang bahawa kerajaan telah ditipu dengan melakukan pelaburan sebanyak RM 380 juta bagi 60% pegangan sahaja.

Tidak pasti bagaimana pinjaman sebanyak RM 305 juta dengan kadar faedah 4% boleh dianggap sebagai sebahagian tukaran kepada 60% saham kerajaan dalam projek terbabit.

Ini ilmu perakaunan dan perniagaan yang sangat misteri dan hanya difahami oleh Rafizi.

Walau bagaimanapun, itulah kelebihan Rafizi. Bijak berkata-kata menipu zombies politik.

Kredit kepada : Ab Jalil Backer

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*