Malangnya, Masih Ada Melayu Yang Sanggup Jadi Hamba DAP

Share This:

Sebenarnya, agak menarik untuk disaksikan bagaimana ada dikalangan kaum Melayu sanggup menjadi hamba DAP hanya disebabkan rasa benci mereka terhadap kerajaan yang ada pada hari ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghina kepimpinan negara dan akan mengagungkan DAP kononnya parti berkenaan sebagai sebuah parti yang terbaik yang ada di Malaysia.

Sebagai contoh, lihat sahaja kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang mendakwa, Malaysia begitu malang apabila Datuk Seri Mohd Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Apa tujuan beliau mengeluarkan kenyataan demikian? Jika ada yang membacanya diluar kotak pemikiran normal, bukankah itu boleh ditafsirkan sebagai cubaan menghasut?

Apa yang melucukan adalah, Saifuddin cuba mengagungkan kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwanya sebagai sebuah kerajaan yang mampu menarik pelabur asing. Malah, beliau juga mendakwa, kerajaan DAP mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara yang terbaik di Malaysia hasil daripada pelaburan asing berkenaan.

Dalam kenyataan yang sama, beliau memperlekehkan usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib yang membawa masuk lebih RM 333.6 bilion pelaburan asing ke Malaysia. beliau mendakwa, berdasarkan laporan dari Malaysia Investment Development Agensi (MIDA) 2016, Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan yang jauh lebih memberasangkan. Apa yang menariknya, dakwaan beliau tidak pula dinyatakan dengan bukti.

Jika melihat pelbagai hujah yang dikemukakan oleh Saifuddin ini, timbul persoalan, negeri manakah yang telah menyebabkan pelabur asing menutup kilang dan operasinya? Bukan satu tetapi lbih 13 buah kilang telah ditutup sepanjang Lim Guan Eng berkuasa. Tidak cukup dengan itu, kerajaan negeri manakah yang telah menjual lebih 7 bidang tanah kepada pihak asing yang dianggarkan bernilai RM 12.5 bilion?

Jika Saifuddin mendakwa MIDA mencatatkan pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sebagai memberansangkan, hasil laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sebenarnya mendapati, kadar pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri berada di tangga keempat paling bawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang ada di Malaysia.

Adakah ini yang mahu dibanggakan oleh Saifuddin? Jika mahu disenaraikan, banyak lagi kegagalan total yang dicatatkan oleh Lim Guan Eng sepanjang 9 tahun berkuasa di Pulau Pinang. Itu belum lagi menyentuh mengenai kegagalan Guan Eng mengemukakan laporan mengenai keperluan membina jambatan ketiga, terowong dasar laut dan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah banjir kilat.

Inilah Melayu pembangkang. Setiap kegagalan yang dicatatkan oleh mana-mana pemimpin DAP, sedaya upaya mereka cuba tutupkan dan bagi pihak DAP, mereka hanya perlu mengeluarkan sedikit “dedak” kepada pemimpin-pemimpin Melayu seperti ini untuk melindungi setiap satu kegagalan mereka.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Malangnya, Masih Ada Melayu Yang Sanggup Jadi Hamba DAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*