Kolam Renang Hotel Terlebih Karbon Monoksida, Seorang Kanak-Kanak Maut

Share This:

Enam kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun didapati tidak sedarkan diri selepas berenang di sebuah hotel yang bertempat di Michigan, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Difahamkan, kejadian itu berpunca dari kepekatan kandungan karbon monoksida di kolam renang hotel berkenaan adalah 16 kali ganda lebih tinggi daripada kadar kepekatan yang selamat digunakan.

Seorang kanak-kanak berumur 13 tahun yang dikenali Bryan Douglas maut di lokasi kejadian.

Menurut laporan CNN, selain enam kanak-kanak masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, kakitangan hotel turut menemui seorang lelaki jatuh pengsan di dalam biliknya selepas meninggalkan kolam renang tersebut.

Setibanya di hotel, pasukan penyelamat segera mengosongkan kawasan kolam renang bagi memudahkan pegawai forensik menjalankan siasatan.

Difahamkan, seramai 14 orang telah dihantar ke hospital untuk rawatan, termasuk tiga orang pegawai polis dan dua orang kakitangan hotel.

Menurut anggota bomba, kadar kepekatan karbon monoksida di kolam renang itu telah mencecah 800ppm. Kadar yang diperlukan dan selamat digunakan adalah 50ppm, ini bermakna kadar kepekatan jauh melebihi kadar sepatutnya.

Karbon monoksida adalah sejenis gas yang tiada warna dan tiada bau. Apabila kadar kepekatannya terlalu tinggi, ia akan menggantikan oksigen di dalam sel darah merah, dan akhirnya bukan sahaja menyebabkan struktur sel rosak malah boleh mendatangkan maut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*