Isu Muntah Cleaning, Pemilik Restoran Tampil Beri Penjelasan

Share This:

Baru-baru ini tular di media sosial tentang bil yang tertera ‘cuci muntah pelanggan’ sebanyak RM15.

 
Kecoh gara-gara dikatakan ianya caj yang tidak masuk akal, jurucakap restoran Nasi Kandar Pelita tampil memberikan jawapan.
 
“Itu bukan muntah kanak-kanak, itu muntah orang dewasa. Disebabkan keadaan muntah di pinggan dan gelas itu sangat teruk, kami membuat keputusan untuk membuangnya terus dan sebab itulah dikenakan caj,”katanya kepada Harian Metro.
 

Foto: Harian Metro
Menurutnya lagi, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi selepas cawangan Nasi Kandar Pelita di Jalan Ampang didatangi enam individu dalam keadaan mabuk.
 
Dua daripadanya muntah ke atas makanan tersebut.
 
“Kejadian itu sekali gus mendatangkan rasa tidak senang terhadap pelangggan sekitar. Malah disebabkan keadaan pinggan terlalu kotor kami membuat keputusan untuk membuangnya.” 
 
Sekali lagi ditegaskan, caj tersebut dikenakan bukan untuk cuci muntah, tapi untuk barang-barang yang dibuang seperti pinggan dan gelas.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*