Hukuman Penjenayah Rasuah Tidak Setimpal Dengan Jenayah

Share This:

“Apa dah jadi dengan hakim-hakim kita? Kes rasuah melibatkan wang dihukum dengan denda (dan pesalah) masih boleh untung.

“Hukuman tidak setimpal dengan jenayah itu. Mereka harus dihantar ke penjara,” tegas bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohd Noor Abdullah.

Malah menurut bekas hakim ini lagi, hakim-hakim ‘dilihat’ mempunyai kecenderungan untuk mengambil pendirian yang begitu lembut di dalam menjatuhkan hukuman terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan rasuah.

“Hakim-hakim ‘lembut’ kerana masyarakat juga lebih lembut (bertolak ansur terhadap rasuah),” kata jelas Tan Sri Mohd Noor Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Sebelum ini beliau berkata denda yang dikenakan terhadap individu disabitkan dengan rasuah jauh lebih rendah daripada jumlah rasuah dilakukan.

“Apa dah jadi dengan hakim-hakim kita? Kes rasuah melibatkan wang dihukum dengan denda (dan pesalah) masih boleh untung.

Mohd Noor, yang kini merupakan ahli lembaga penasihat LPPR turut menegaskan bahawa hakim perlu mengambil jalan tengah berdasarkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kenyataan telus dan berani dari bekas Hakim Mahkamah Rayuan ini dilihat selari dengan apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad – “Untuk para hakim, berlaku adil dan berani dalam membuat keputusan.

“Menghukum mereka penjenayah tegar yang masih hanyut jauh tanpa takut untuk memberi pengajaran kepada orang lain.”

Skandal Malaysia

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*