Gandingan SPRM Dengan Gerakan Pencinta Alam Bakal Buat Penjenayah Rasuah Resah

Share This:

Rakyat Malaysia samada secara individu atau pun melalui pertubuhan sukarela bukan kerajaan memandang serius dan menyokong usaha SPRM di dalam memerangi gejala skandal rasuah di Negara ini.

Sokongan dan kerjasama ini bukan sahaja menjurus ke arah memerangi gejala yang boleh menggugat kestabilan Negara terhad kepada beberapa sector sahaja tetapi ianya mula menjurus ke arah kesemua sector termasuk alam sekitar.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan gerakan pencinta alam semalam berganding bahu membanteras rasuah dan salah guna kuasa melibatkan alam sekitar.

Gandingan itu, dikenali sebagai Kaukus Perlindungan Alam Sekitar dan Anti-Rasuah (Epacc), merupakan rangkaian perkongsian maklumat bagi membendung jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang.

“Pendekatan kerjasama bersepadu dan berterusan ini dipercayai akan dapat membanteras aktiviti pembalakan haram, pencemaran sungai dan ekosistem, penerokaan tanah secara haram serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tragedi banjir dan hakisan tanah daripada terus berulang,” tegas SPRM.

Epacc disertai SPRM; Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka); Rimba Research; Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa); Jabatan Kejuruteraan Kimia di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Sains dan Alam Sekitar (Kias) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

SPRM mengalu-alukan kewujudkan kerjasama strategik yang sebegini bagi memastikan perhatian yang lebih serius diberikan terhadap isu pencabulan alam sekitar.

Seterusnya baca di sini

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*