Fakta Bukan Auta, 23 Kebaikan Najib Berbanding Mahathir

Share This:

Jika ditanya berkenaan jasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih baik dari bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, sebenarnya ia amat mudah dijawab kerana kebaikan Najib terlampau banyak.

Yang paling penting Najib, membuka ruang peluang untuk rakyat Malaysia mencipta kejayaan dengan pelbagai kemudahan khususnya dalam menjadi usahawan dan perniagaan.

Mahathir sebelum ini selama 22 tahun mementingkan apa yang kerajaan boleh berikan kepada rakyat tetapi mementingkan apa yang rakyat mahu sebelum menentukan bagaimana kerajaan boleh memberikan sesuatu.

Kalau hendak dikira, dapat kita rangkumkan kira-kira 23 perkara yang Najib lebih baik dari Mahathir.

Berikut adalah kesemuanya :-

1. Tidak menyekat kebebasan bersuara

2. Tidak mengamalkan ISA.

3. Tidak mengamalkan kronisme di mana perjanjian atau konsesi adalah berat sebelah kepada pihak kroni.

4. Tidak mengamalkan sistem subsidi yang juga menguntungkan kroni.

5. Tidak mengamalkan dasar luar negara yang berasaskan pergaduhan.

6. Tidak mengamalkan sistem bercukai tinggi untuk melindungi secara artificial sesuatu perniagaan.

7. Tidak mengamalkan sistem subsidi yang menelan berbilion ringgit dan distort market prices and competitiveness of Malaysia’s economy.

8. Tidak mengamalkan kebergantungan yang berlebihan ke atas sebuah negara luar (Jepun).

9. Tun M membina terlalu banyak IPTA – quantity versus quality. Sekarang DSN perlu mengadakan kursus2 untuk “memulihkan” graduan-graduan agar dapat pekerjaan.

10. Membantu rakyat secara terus dan tidak seperti Tun M yang membantu kroni dengan harapan dengan trickle-down theory akan membantu rakyat.

11. Tidak bail-out syarikat2 kroni dengan duit kerajaan.

12. Sebagai presiden UMNO, tidak mengamalkan sistem kuota untuk mempertahankan kedudukan jawatan presiden.

13. Membuka hak mengundi untuk jawatan presiden kepada kesemua ahli cawangan dan buka hanya kepada ketua-ketua bahagian sahaja.

14. Tidak mengamalkan rundingan terus untuk projek besar2.

15. Tidak membiarkan krono-kroni membolot projek dan peluang perniagaan.

16. Tidak memulau atau memecat sesiapa yang menentang atau memutuskan peluang pekerjaan atau perniagaan kepada yang menentang.

17. Tidak rakus meminda perlembagaan untuk memusatkan kuasa kepada jawatan PM.

18. Tidak main dengan rizak asing negara hingga melibatkan kerugian berbilion ringgit.

19. Tidak memberi lesen dan konsensi kepada kroni.

20. Membantu kesemua bangsa dan suku kaum.

21. Membangunkan Sabah dan Sarawak agar mereka dapat meningkatkan tahap pembangunan seiring dengan Semenanjung.

22. Membangunkan negeri-negeri pantai timur agar tahap pembangunan seiring dengan pantai barat.

23. Tidak menunding jari kepada “bogeyman” seperti Yahudilah, Singapuralah, Amerika Syarikatlah, negara barat lah untuk mengalihkan perhatian untuk apa-apa pergolakan dalam negara.

Ini sebenarnya baru 23 padahal kalau mahu disenaraikan lebih banyak boleh dimasukkan lagi bagaimana Najib mentransformasikan negara kepada yang lebih baik berbanding apa yang Mahathir mampu lakukan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Najib hanya memerlukan kurang dari 10 tahun untuk mencipta kegemilangan berbanding Mahathir yang perlu mentadbir negara lama seperti diktator baru berjaya mencipta beberapa kejayaan yang selepas sekian lama hanya nampak kecil sahaja. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Fakta Bukan Auta, 23 Kebaikan Najib Berbanding Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*