Denda Mahkamah : Khalid Samad Lebih Arif Dari Hakim?

Share This:

Berasakan dirinya lebih arif dari hakim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (PAN) hari ini tidak berpuas hati dengan denda yang dikenakan kepada penyerangnya kerana bagi beliau denda itu terlalu rendah.

Kesemua lapan individu berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100.

Ini reaksi dari Khalid ““Mereka dah didakwa pagi tadi, tapi berita buruknya mereka didakwa bawah kesalahan kecil yang mana kalau didapati bersalah maka boleh didenda tidak lebih RM100 seorang.

“Kes ini dibawa oleh pejabat peguam negara yang mana pihak peguam negara adalah unit pendakwaan sendiri. Ia merupakan seolah-olah satu penghinaan terhadap bukan sahaja pada ahli parlimen tapi institusi parlimen,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Kes berlaku pada 24 November lepas, apabila beliau diserbu sekumpulan individu yang menyokong Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN) di Parlimen sebelum ini.

Serangan itu adalah tindakan balas kepada perbuatan Khalid yang memanggil Tajuddin dengan panggilan ‘sial’.

Soalnya sekarang, siapa Khalid hendak menjadi lebih arif dari seorang hakim mahkamah.

Kenapa Khalid tidak mempersoalkan denda yang dikenakan kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (PKR) yang hanya berjumlah RM1,800 untuk kesalahan dengan senjaga mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO serta RM1,950 bagi kesalagan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok sebelum ini.

Dengan kesalahan mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keaman negara adakah sebegitu sahaja denda yang dikenakan ke atas Rafizi?

Kemudian, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (PKR) hanya dikenakan denda RM3,000 kerana mengaibkan anggota polis, adakah wajar?

Tian Chua hanya dikenakan denda atau tiga bulan penjara kerana didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada seorang pegawai polis tiga tahun lepas.

Dengan rekod denda yang boleh dipersoalkan dijatuhkan ke atas para pemimpin pembangkang ini, adakah ada ahli politik Barisan Nasional (BN) yang tampil dan mempersoalkan keputusan mahkamah?

Pemimpin BN menghormati keputusan mahkamah dan keputusan hakim yang arif dalam membuat keputusan yang adil mengikut undang-undang.

Bagi Khalid, adakah beliau berasakan tindakannya melabelkan orang lain ‘sial’ itu boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa ada orang yang berasa marah? – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*