Dazrin Kamarudin Pilih Ketua Pramugari

Share This:

Wah, lama tak dengar khabar berita pelakon Dazrin Kamarudin. Tahu-tahu, dah nak kahwin, ya?

 
 
 
Memetik Harian Metro, Dazrin, 29, bakal menikahi pasangan pilihannya iaitu Nur Fazulin Razali, 33, pada 6 Mei akan datang di Hotel Avilion Legacy, Melaka.
 
Menurut pelakon itu, dia dan bakal isteri yang juga merupakan ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi mula mengenali antara satu sama lain menerusi aplikasi Smule kira-kira dua tahun lalu.
 
 

Foto: mStar Online
 
“Saya memang suka menyanyi dan dia pun berkongsi minat sama. Daripada situ, kami serasi dan melangkah ke fasa seterusnya.
 
“Jadual saya semakin teratur dengan adanya bantuan Fazulin. Mungkin kerana kerjanya sebagai ketua peramugari, dia bijak menguruskan banyak benda,” katanya kepada Harian Metro.
 
Tambah Dazrin, bukan niatnya mahu menyembunyikan kisah peribadinya, sebaliknya dia tidak mahu terburu-buru menghebohkan perkara yang belum pasti.
 
“Apabila semuanya sudah sedia untuk diumumkan, baru saya kongsi. Lagi pun, benda baik tak patut disembunyikan,” katanya.
 
 

Foto: IG Dazrin
 
Terdahulu, Dazrin mengikat tali pertunangan dengan pelakon Amyra Rosli pada 25 Ogos 2013, namun terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk berkahwin yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos 2014, di saat-saat akhir. 
 
Hebat Dazrin dapat cairkan hati seorang ketua pramugari. Tahniah, ya! Semoga semua persiapan majlis berjalan lancar.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*