Dari Debat Dengan Nazri, Lebih Baik Mahathir Berdebat Dengan Anwar

Share This:

PEMBANGKANG yang diketuai DAP terlalu kerap menonjolkan sikap hipokrit. Hari ini mereka mengutuk individu tertentu namun keesokan hari pula nada mereka jauh berbeza berkenaan individu berkenaan semata-mata demi kepentingan politik peribadi. Tidak ada sebarang keikhlasan dalam “suara” mereka. Segala-galanya hanya berkisar berkenaan manipulasi dan pembohongan semata-mata.

Beberapa tahun yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perompak wang rakyat. Harta yang berpuluh-puluh bilion tersebut kini dipegang oleh anak-anak Mahathir.

Menurut Anwar lagi, Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.

“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Anwar Ibrahim.

Kini Anwar dan Mahathir dilihat telah berbaik semula setelah mereka memburuk dan memfitnah satu sama lain. Beberapa bulan yang lepas, Mahathir mengadakan pertemuan 40 minit dengan  Anwar Ibrahim di premis Mahkamah Tinggi.

Dengan itu segala tuduhan Anwar terhadap Mahathir tidak kedengaran lagi. Memang cukup hipokrit kedua-dua pemimpin pembangkang ini.

Namun begitu, ramai pihak berpendapat bahawa Mahathir sepatutnya berdebat dengan Anwar dan bukannya membuang masa berdebat dengan Datuk Seri Nazri Aziz memandangkan terdapat bukti video yang memaparkan tuduhan yang keras dan jelas telah dibuat terhadap Mahathir.

Tuduhan tersebut bukan sekadar melibatkan nama baik Mahathir malah ianya turut melibatkan maruah keluarga tersebut sehingga mengaitkan anak-anak beliau dengan syarikat arak. Bagi sebuah keluarga Islam, kaitan dengan sebuah syarikat arak merupakan penghinaan yang cukup mengaibkan.

Tambahan pula, Nazri Aziz dilihat tidak setaraf Mahathir dalam kancah politik tanahair. Berlainan pula dengan Anwar yang amat petah bercakap dan kaya dengan pengalaman politik. Debat antara Nazri dan Mahathir hanya bakal menjatuhkan maruah Mahathir sahaja.

Sekiranya Anwar berdebat dengan Mahathir maka ia akan menjadi satu acara yang dinanti-nantikan disamping bakal mencatat sejarah tanahair.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*