BR1M Bantuan Paling Kreatif Pernah Dicipta Untuk Rakyat

Share This:

Tidak dapat dinafikan lagi, sistem Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pakej bantuan paling kreatif yang pernah dicipta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di negara ini.

Ia amat dipersetujui oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili kerana bagi beliau ia adalah bantuan paling berkensan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah di negara ini.

Menyatakan demikian, beliau berkata, “Ia (BR1M) bukan dedak atau satu bentuk rasuah, seperti mana didakwa oleh pembangkang”.

Beliau berkata sedangkan negara kaya seperti Arab Saudi pun kini dalam proses merangka bantuan seperti BR1M untuk rakyatnya demi membantu mengurangkan beban penduduk.

Anggota Parlimen Kota Marudu itu berucap pada majlis penyampaian baucer BR1M kepada penerima yang layak dari kawasan pilihan raya Tandek di Kota Marudu, semalam.

Beliau berkata, keseluruhannya sejumlah 32,199 orang layak menerima bantuan BR1M di Kota Marudu, bagi kawasan Tandek dan Matunggong.

Di bawah BR1M, keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 dan kurang layak menerima bantuan RM1,200; keluarga dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima RM900, dan bantuan RM450 diberikan kepada bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kurang.

Terdahulu, Ongkili juga menyampaikan bantuan serupa dan kunci kepada 20 keluarga rumah panjang 20-unit pada majlis di Dewan Serba Guna Matunggong dekat sini.

Sebelum ini dalam rangka lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, pihak kerajaan Arab Saudi sudah menyuarakan minat untuk mempelajari serta memperkenalkan bentuk skim sama di negara mereka ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Bantuan BR1M juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai bantuan yang paling berkesan untuk rakyat yang memerlukan kerana subsidi yang diberikan lebih terarah kepada golongan sasaran berbanding subsidi pukal seperti sebelum ini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*