Berjaya Tangkap 2 Biawak Ini, Isteri Bung Bagi Hadiah

Share This:

Perbuatan dua lelaki yang dirakam cuba memecahkan mesin tukar wang token di sebuah kedai dobi 24 jam di Kota Kinabalu, Sabah menjadi tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis ketika ketiadaan pelanggan yang menggunakan kedai dobi layan diri itu.

Pemilik kedai dobi tersebut yang juga merupakan isteri pertama kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Datin Nor Asidah Alimuddin memuat naik beberapa rakaman video CCTV di laman Facebook dan sehingga kini telah dikongsi sebanyak 2,911 kali oleh netizen.

Menerusi rakaman, salah seorang suspek dilihat menendang dan cuba merosakkan tombol pintu yang dipercayai tersimpan wang di dalamnya.

Suspek kemudian bertindak merentap tombol pintu berkenaan namun gagal setelah mencubanya beberapa kali, termasuk dengan menggunakan sebatang besi.

Menurut Nor Asidah, dia menyifatkan kedua penjenayah terbabit sebagai manusia kurang berakal kerana mesin berkenaan tidak mempunyai wang, sebaliknya hanya token untuk kegunaan mesin sahaja.

“Apa yang kamu mahu rompak? Token saja yang ada dalam mesin, ingat apa? Duit?,” kata Nor Asidah.

Tambahnya, dia meminta orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat agar segera membuat laporan kepada polis dan dia turut menawarkan hadiah sekiranya berjaya memberikan maklumat mengenai mereka.

“Saya bagi hadiah kepada mereka yang membantu menangkap dua ekor biawak ini. Terima kasih kerana membaca dan berkongsi sehingga tertangkapnya ‘biawak-biawak’ ini,” katanya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*