Azmin Bakal Hilang Jawatan MB Selangor?

Share This:

Pada tarikh 23 September 2014 adalah tarikh yang tidak akan dapat dilupakan oleh Datuk Seri Azmin Ali. Pada tarikh berkenaan telah menyaksikan anak kelahiran Singapura ini telah diangkat sebagai Menteri Besar Selangor hasil daripada gerakan Langkah Kajang yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Hampir tiga tahun mengendalikan sebuah negeri yang disifatkan sebagai antara negeri termaju dalam Malaysia, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR ini boleh disifatkan sebagai antara Menteri Besar Selangor yang gagal menguruskan kerajaan negeri. Lebih memburukkan keadaan, hasil kajian Zaaba Institute of Leadership mendapati, Azmin bakal kehilangan jawatan Menteri Besar pada PRU ke 14 yang akan datang.

Kajian ini membabitkan kira-kira 3,000 orang responden yang membabitkan 5 kawasan Parlimen iaitu Gombak, Ampang, Shah Alam, Selayang dan Hulu Langat. Menurut kajian berkenaan, hanya 5.6 peratus sahaja yang masih kekal dengan pendirian untuk mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Menurut kajian berkenaan, di Parlimen Gombak, Parlimen yang diwakili Azmin, hanya sekitar 9 peratus sahaja yang masih kekal mengundi Pakatan Harapan, gabungan yang di wakili oleh Azmin. Selebihnya, sebanyak 21 peratus akan mengundi calon dari PAS, 9 peratus akan mengundi calon dari BN, 4 peratus akan mengundi calon dari PPBM dan selebihnya masih belum mempunyai jawapan.

Ini menyaksikan kedudukan Azmin di Parlimen yang diwakilinya sendiri berada dalam keadaan yang cukup bahaya dan genting. Justeru timbul persoalan, bagaimana pula nasibnya di DUN Bukit Antarabangsa yang membolehkan beliau diangkat sebagai Menteri Besar Selangor? Jika bersandarkan kepada hasil kajian berkenaan di Parlimen Gombak, masa depannya di Wisma Darul Ehsan cukup kelam dan tidak menentu.

Sebenarnya, kajian yang dilakukan oleh Zaaba Institute of Leadership ini telah menanyakan 16 soalan berkaitan isu semasa dengan 3 soalan teras. Tiga soalan berkenaan adalah menurunkan kos sara hidup, membasmi rasuah dengan berkesan dan memartabatkan Islam dan menjaga kesuciannya. Daripada ketiga-tiga soalan ini, isu membabitkan agama masih mendapat perhatian terutamanya dari responden Melayu.

Jika melihat dari kecenderungan responden ini, nampaknya Azmin boleh dianggap gagal menangani ketiga-tiga isu asas ini dengan berkesan. Justeru, tidak hairanlah apabila hasil kajian ini mendapati, Azmin akan kehilangan jawatannya selaku Menteri Besar. Malah lebih teruk lagi, Azmin berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya selaku Ahli Parlimen di Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Azmin Bakal Hilang Jawatan MB Selangor?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*