10 Pemimpin Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia – Bahagian 2

Share This:

Semalam, menerusi ruang ini, pihak editorial telah menyentuh 5 nama pemimpin yang disifatkan paling kejam dalam sejarah dunia. Mereka adalah Idi Amin (Uganda), Atilla The Hun (Eropah), Pol Pot (Kemboja), Vlad Tepes (Romania) dan Ivan IV (Russia). Sila rujuk http://www.pru14.tv/2017/04/03/10-pemimpin-paling-kejam-dalam-sejarah-dunia-bahagian-1/ untuk bahagian pertama artikel ini.

Hari ini, pihak editorial akan menyenaraikan lima lagi nama pemimpin yang telah mencatatkan namanya sebagai pemimpin paling kejam yang pernah disaksikan oleh masyarakat dunia.

1. Adolf Hitler dan Adolf Eichmann (Jerman)

Dalam sejarah Perang Dunia Kedua, nama kedua-dua pemimpin tertinggi Nazi ini cukup digeruni terutamanya mereka yang berketurunan Yahudi di Eropah. Manakan tidak, selain azam Hitler yang mahu menakluk seluruh Eropah, mereka berdua juga dicatatkan sebagai arkitek disebalik kejadian Holocoust atau lebih dikenali sebagai pemusnahan kaum Yahudi besar-besaran.

Jika nama Hitler lebih dikenali sebagai The Kaiser yang mahu menakluk seluruh Eropah menerusi perperangan yang meragut jutaan nyawa, Eichmann pula dikenali sebagai pengatur operasi dan menguruskan ligistik bagi mengangkut seberapa ramai keturunan Yahudi untuk dikumpulkan di dalam satu kem. Dianggarkan, lebih 2 juta keturunan Yahudi maut hasil kekejaman mereka berdua.

Menurut sejarah, Hitler menemui ajal setelah dia membunuh diri hanya kerana kekecewaannya terhadap seorang wanita selain sukar menerima hakikat, tenteranya sudah mula ditewaskan oleh pasukan Perikatan. Bagi Eichmann pula, dia ditangkap di Argentina semasa melarikan diri dari jerman oleh ejen Mossad sebelum dihukum gantung sampai mati atas segala kekejamannya pada tahun 1962.

2. King Leopold II (Belgium) – 1835 – 1909

Jika kita masih ingat akan sebuah filem Hollywood, The Tarzan terbitan tahun lalu, filem berkenaan memaparkan ekspidisi sekumpulan wakil dari Raja Leopold II di Congo untuk mencari berlian. Mungkin ada yang menganggap kisah ekspidisi berkenaan sebagai rekaan semata-mata. Namun hakikatnya, selain daripada watak Tarzan dan Jane, semua perjalanan ekpidisi berkenaan adalah kisah benar yang tercatat dalam sejarah.

King Leopold II adalah seorang raja yang mempunyai terlalu ramai kekasih. Keobsesannya terhadap harta diserlahkan setelah berjaya memperoleh negara bebas Congo untuk dijadikan wilayah jajahannya. Pada ketika itu, Congo merupakan sebuah tanah yang kaya dengan hasil bumi. Namun apa yang malangnya, King Leopold cukup gemar memaksa penduduk Congo menjadi hamba abdinya bagi memuaskan kemahuannya semata-mata.

Semasa Sidang Berlin pada 1884–1885, negara-negara penjajah Eropah sepakat bahawa Negeri Bebas Congo adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk asli. Bagaimanapun, sejak awal lagi Leopold sengaja mengabaikan syarat-syarat tersebut dan mentadbir Congo menggunakan kuasa suapan untuk kepentingan baginda sendiri.

Dianggarkan sehingga 15 juta orang maut semasa pemerasan yang dilakukan oleh Raja Leopold II yang menyaksikan segala hasil bumi Congo di ambil sesuka hatinya. Malah Raja Leopold II juga dicatatkan sebagai seorang Raja yang cukup banyak berhutang.

3. Joseph Stalin (Russia) – 1878 – 1953

Iosif Vissarionovich Stalin merupakan seorang diktator yang memerintah Kesatuan Soviet dari pertengahan tahun 1920an hingga kematiannya pada 1953. Beliau merupakan seorang pemimpin moden yang paling lama menerajui Soviet dan adalah tokoh penting yang membentuk negara itu dan juga benua Eropah selepas Perang Dunia II.

Ramai yang menganggap Stalin sebagai seorang lelaki yang mengasaskan Russia moden hari ini. Namun dari sudut sejarah, Stalin adalah seorang jeneral tertinggi tentera yang telah mengarahkan lebih 200 ribu pembuhan kejam keatas pihak penentangnya termasuklah mereka yang berada di dalam pasukan tentera Russia itu sendiri.

Kisahnya banyak diadaptasikan dalam siri filem James Bond lakonan Sean Connery di mana setiap filem berkenaan memaparkan kekejaman unit risikan dan tentera yang dikuasai Stalin. Stalin kekal menguasai Russia sehinggalah dia akhirnya menemui ajal pada 1953 setelah berjaya mengembangkan fahaman komunismenya ke rantau Balkan, China dan Semenanjung Korea.

4. George W Bush (Amerika Syarikat) – 1946 hingga kini

Tanggal 11 September 2001 akan terus dikenang sebagai tarikh di mana Amerika Syarikat menerusi Presidennya yang ke 41, mula menjarah beberapa buah negara Asia Barat hanya semata-mata mahu mencari dalang disebalik pengeboman bangunan World Trade Center, Pentagon dan cubaan menyerang bangunan White House.

Bukan sedikit impak yang dilakukan Bush semasa berkuasa. Pakistan, Afghanistan, Iraq adalah beberapa buah negara yang teruk menerima asakan Amerika. Sehingga kini, Afghanistan dan Iraq maih gagal pulih dari kesan peperangan yang telah memakan nyawa lebih sejuta orang. Semuanya atas alasan mencari dan memusnahkan jaringan operasi pengganas Islam dan senjata pemusnah besar-besaran.

Sama seperti ayahnya yang bertindak melancarkan operasi Dessert Storm, George W Bush akan dikenang sebagai seorang pemimpin Amerika yang cukup memusuhi Islam dan dibawa pentadbirannyalah wujud istilah Islamophobia dan kewujudan kem Guantanamo di Teluk Mexico.

5. Ariel Sharon (Israel) – 1928 – 2014

Tidak lengkap sekiranya nama penyembelih umat Islam di Palestin ini tidak disenaraikan sebagai pemimpin paling kejam dalam sejarah dunia. Ariel Sharon merupakan nama besar dalam sejarah politik Israel. Manakan tidak, dia membina reputasi kejahatannya menerusi penjarahan tanah Palestin dan beberapa siri pembunuhan, samada diarahkan atau dilakukan sendiri oleh Ariel Sharon semasa menjadi Ketua Turus Tentera Zionis.

Bagi sesetengah rakyat Israel, Sharon merupakan seorang pemimpin yang melambangkan kekuatan Yahudi setelah teruk ditindas semasa kejadian Holocoust. Justeru, tidak hairanlah tragedi penyembelihan penduduk Palestin di kem pelarian Sabra dan Satila langsung tidak menakutkan Sharon. Malah dia turut dilantik sebagai Perdana Menteri Israel yang ke 11 pada tahun 2001.

Bukan sedikit kemusnahan yang disumbangkan Sharon. Seluruh Palestin di jajah malah Bukit Golan masih kekal milik Israel walaupun ia sebenarnya milik Syria. Pemimpin Syaitan ini akhirnya menemui ajal pada 11 Januari 2014 setelah 8 tahun koma akibat serangan angin ahmar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*