10 Maut Akibat Bom Gegar Stesen Keretapi di St. Petersburg

Share This:

Pada hari ini, satu bom yang meletup di stesen keretapi di St. Petersburg, Rusia membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.Insiden berlaku di stesen Senmaya Ploshchad menyebabkan sekurang-kurangnya 50 cedra termasuk kanak-kanak.

Ketika kejadian, Vladimir Putin berada di bandar itu untuk pertemuan dengan presiden Belarus dan mengesahkan terdapat kematian dan kecederaan akibat kejadian.

“Saya sudah bercakap dengan ketua bahagian khas, mereka sedang menyiasat punca kejadian.

“Sebabnya belum jelas, masih terlalu awal, Kita tengok dari semua sudut, keganasan dan juga jenayah biasa.” kata Putin.

Menurut RT.com, bahan letupan adalah bersamaan dengan TNT seberat 200-300 gram.

Tambahan lagi, letupan juga menyebabkan gerabak keretapi rosak teruk.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “10 Maut Akibat Bom Gegar Stesen Keretapi di St. Petersburg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*