Video Adiwara Artis, Iklan Susu Kultur Rupanya

Share This:

SATU babak video unik memaparkan kelibat empat selebriti terkemuka tanah air memakai kostum ala-ala watak adiwira viral di media sosial. Oleh itu, desas-desus selebriti-selebriti ini iaitu Yuna, Harith Iskander, Zizan Razak dan Siti Nordiana bakal bergabung untuk menjayakan sebuah filem baharu mula kedengaran.

Rupa-rupanya video berdurasi lapan saat itu sebenarnya merupakan sebuah adegan ‘teaser’ iklan komersial daripada jenama produk minuman susu kultur dari Jepun, Calpis.

Menerusi iklan tersebut, keempat selebriti-selebriti ini bertindak sebagai ‘Superhero Calpis’ yang melindungi perut daripada bakteria jahat.

Berbeza dari iklan susu kultur lain, ‘bakteria jahat’ di dalam iklan ini dilakonkan oleh seekor kucing gergasi namun Superhero Calpis cuba menahan kucing gergasi ini dengan menggunakan kuasa unik mereka.

Memang hebatlah gabungan mereka berempat dalam iklan terbaru Calpis ni, menjadikan iklan ini sangat menarik dan mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*