Tikus Punca Bahagian Runcit Aeon Ditutup

Share This:

Hari ini, bahagian runcit pasar raya Aoen di pusat membeli-belah 1Utama di Damansara ditutup untuk pembersihan selepas penemuan tikus di premis berkenaan, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan Selangor menutup bahagian runcit pasar raya popular itu semalam mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Difahamkan bahagian runcit akan ditutup selama 2 minggu untuk pembersihan.

Sebelum penutupan itu, video yang kononnya diambil di bahagian runcit menunjukkan seekor tikus duduk di atas rak tersebar di media sosial.

Bagaimanapun percubaan FMT untuk mendapatkan komen pengurusan Aeon dan 1Utama tidak berjaya.

Oktober lalu, kedai roti Komugi Bakery Malaysia terpaksa memohon maaf selepas tikus dijumpai pada salah satu dulang yang mengandungi roti yang baru dimasak di premis mereka di Mid Valley Megamall.

Menyatakan ia sebagai satu “insiden malang”, kedai roti francais itu berkata masalah tikus adalah “isu yang diketahui” di pusat membeli-belah.

Stelah itu itu, Mid Valley Megamall mengarahkan kedai roti itu ditutup sementara waktu untuk pembersihan menyeluruh dan mengkaji semula prosedur operasi, dan pusat membeli-belah itu bekerjasama dengan semua penyewa untuk meningkatkan tahap kebersihan di pusat membeli-belah.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*