Sudah Dua Tahun, Tiada Rakyat Yang Mati Kebuluran Akibat GST

Share This:

Dalam diam tak diam, sudah dua tahun rupanya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara ini dan sehingga hari ini rakyat tidak ada yang mati kebuluran kerana sistem cukai berkenaan.

Sistem cukai GST ini diperkenalkan pada 1 April 2015 selepas ia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dilaksanakan di negara ini.

Sebelum ini ada individu tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa rakyat dizalimi, ditindas serta bakal mati kebuluran kerana menderita terpaksa membayar GST.

Selepas dua tahun, ternyata berita seperti itu tidak kedengaran malahan rakyat makin galak dilihat berbelanja di seluruh negara khususnya pada musim-musim cuti sekolah serta cuti hujung minggu.

Restoran makanan segera, pusat membeli-belah mahupun pusat peranginan dipenuhi rakyat Malaysia yang membelanjakan pendapatan pada masa sama membantu kerajaan mengutip dana untuk membangunkan negara. Bilangan besar rakyat berkenaan adalah rakyat yang menyokong dan bersama-sama kerajaan menyumbang dalam bentuk cukai GST untuk kesejahteraan negara.

Ekoran kejayaan yang amat menakjubkan ini, muncul segelintir puak yang ada agenda politik untuk memburukkan kerajaan dan membuat tuduhan jahat berkaitan pelaksanaan GST yang sebenarnya bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada rakyat.

Mereka membuat tuduhan harga barangan naik dan rakyat akan terseksa kerana perlu membayar cukai berkenaan.

Kerajaan yang dipimpin Najib sudah pun membuat perancangan meringankan beban rakyat dalam hal berdepan kos sara hidup dengan pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan juga Klinik 1Malaysia.

Itu belum kira lagi pelbagai skim pembelian rumah mampu milik untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Kerajan tidak memperkenalkan sesuatu dan hanya membiarkan rakyat terpaksa menanggung beban berseorang tanpa mempedulikan kebajikan mereka.

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan.

Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Pelaksanaan GST terbukti berjaya walaupun ia cuba disabotaj oleh kerja jahat pembangkang tetapi rakyat yang sudah matang di dalam negara ini tidak terpengaduh dengan dakyah jahat mereka. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*