Selepas Bercerai, Datuk Vida Hasilkan Lagu Sendiri Untuk Peminat

Share This:

Ianya agak mengejutkan apabila mendapat berita rumahtangga Datuk Seri Vida bergolak dan akhirnya berpenghujung dengan perpisahan.

Datuk Seri Vida dikhabarkan telah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin selepas isu rumahtangga mereka runtuh bermula dari minggu lepas lagi.

Namun, buat masa sekarang, Datuk Vida tidak mahu membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi dan menjaga semua hati semua pihak.

Walaupun menanggung kesedihan perpisahan dengan suami tercinta, Datuk Vida tetap akan meneruskan niat untuk membuka sebuah kedai aksesori berlian.

“Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah…” kata Datuk Seri Vida.

Malah, Datuk Vida juga mahu menghasilkan lagu nyanyian dia sendiri khas untuk peminat yang tersayang.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*