Real Madrid Terus Kukuh Di Puncak La Liga

Share This:

REAL Madrid semakin kukuh menguasai takhta La Liga selepas menang 3-0 ke atas Alaves dalam pertandingan di Stadium Santiago Bernabeu, malam Ahad.

Dalam perlawanan ini, Madrid menang 3-0 menerusi gol Karim Benzema (31′), Isco (85′) dan Nacho Fernandez (88′).

Kemenangan ini membuatkan Madrid kini mengumpul 68 mata daripada 28 pertandingan, berjarak lima mata dari pesaing utamanya, Barcelona di posisi kedua.

Sementara itu, Alaves berada di posisi ke-10 dengan 40 mata dari 29 perlawanan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung awal pagi Isnin, Barca terus cuba mengekori Madrid dengan turut meraih mata penuh setelah menundukkan Granada 4-1.

Barca kini mengumpul 66 mata daripada 29 perlawanan, dengan satu lebih satu perlawanan berbanding musuh ketatnya, Real, 28 perlawanan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*