Rakam Wanita Kencing, Lelaki Ini Ditahan Polis

Share This:

Hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas mendapati seorang lelaki disyaki merakam gambarnya ketika berada dalam tandas wanita di pasaraya Tesco Bahau, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 12.45 tengahari itu, mangsa yang berusia 21 tahun menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas ketika sedang mencangkung untuk membuang air kecil.

Curiga dengan keadaan itu, wanita itu lantas cuba melihatnya dengan teliti kemudian ternampak tangan seseorang yang sedang memegang telefon.

Berang aksinya dirakam, wanita itu bertindak nekad dengan mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon.

Kemudian, mangsa menendang pintu tandas itu yang mana seorang lelaki berada didalamnya sambil memegang telefon bimbit

Tanpa berlengah, mangsa bertindak merampas telefon tersebut lalu meluru keluar dengan menjerit meminta tolong kepada orang ramai.

Suspek kemudiannya ditangkap oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata suspek merupakan seorang pemandu lori berusia 33 tahun dan didapati positif dadah jenis Methapitamine.

Katanya lagi, lelaki itu sudah berkahwin dan siasatan kes dijalankan dibawah seksyen 509/511 Kanun keseksaan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*