Pihak Polis Kecewa, Geng ‘Mat Lajak’ Tak Serik Berlumba Lewat Malam

Share This:

Kemalangan tragis yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal di Johor Bahru 18 Februari lalu nampaknya tidak dijadikan sebagai iktibar.

 
Ini terbukti apabila kumpulan remaja bergelar Geng Basikal Jempul masih meneruskan aktiviti berpeleseran pada awal pagi di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.
 
Menurut laporan Bernama,Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh sendiri meluahkan kekecewaannya atas kedegilan sekumpulan remaja  tersebut.
 
“Mereka ini didapati bergerak dalam kumpulan seramai 30 hingga 40 orang dan sedang berlumba di kawasan berkenaan,” katanya.
 
Ibarat mencurah air de atas daun keladi, remaja lelaki dan perempuan tidak serik berlumba sesama sendiri di lokasi jalan berdarah tersebut.
 
Turut berkeliaran di jalan tersebut ialah penyokong atau penonton kumpulan remaja terbabit. 
 
Menerusi Op Gempur, seramai 22 remaja termasuk dua remaja perempuan yang berusia 14 hingga 17 tahun berjaya ditahan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*