Pelajar IPTA Ditahan Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Mangkuk Tandas

Share This:

ALOR SETAR: Apakah wajar meninggalkan bayi yang baharu dilahirkan di mangkuk tandas? Tidak di lokasi yang mudah ditemui bagi membolehkan bayi itu diselamatkan?

Namun, ini yang dilakukan seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di utara tanah air, Khamis lalu.

Polis menahan pelajar itu berusia 20-an berikutan penemuan mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas di asrama IPTA itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Datuk Mohd Nashir Ya berkata, laporan penemuan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu Jitra daripada orang awam kira-kira 5.20 petang hari tersebut.

Katanya, penuntut tahun pertama di IPTA berkenaan ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam.

“Punca kematian bayi masih dalam siasatan pihak hospital berkenaan.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana buang bayi,” kata Mohd Nashir menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Suspek yang berasal dari Sungai Petani itu ditahan reman hingga Ahad. — Bernama

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*