Pangkalan Data Untuk Menyemak Pemegang PHD Bakal Diperkenalkan

Share This:

Akhir-akhir ini, berita mengenai pemegang PhD palsu semakin meningkat dari hari ke hari. Untuk mengatasinya, kini pihak Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan mereka akan memperkenalkan pangkalan data khusus untuk mengenal-pasti kesahihan pemegang PhD.

Melalui pangkalan data berkenaan, pengguna boleh menyemak senarai pemegang PhD, nama universiti yang mengeluarkannya, bidang pengajian, tajuk tesis, dan juga tahun tamat pengajian.

Dengan adanya pangkalan data ini, sesiapa sahaja boleh menyemak kesahihan PhD seseorang itu dengan lebih mudah dan juga pantas.

Selain pangkalan data ini, Kementerian Pendidikan Tinggi juga sedang bekerjasama dengan SKMM untuk mengenal-pasti sebarang laman yang menawarkan sijil palsu ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*