Nazri Aziz Ajak Mahathir Berdebat Di Antartika

Share This:

MIMPI ngeri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum berakhir apabila Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan agar dialog antara beliau dan Mahathir diteruskan di Antartika pula.

Hari ini Nazri menyindir pihak polis rentetan pembatalan dialog tersebut yang bakal berlangsung Jumaat ini. Sekiranya dailog itu tidak boleh diadakan di Malaysia maka jalan penyelesaiannya adalah ia boleh diadakan di luar negara.

“Kita boleh adakan di Antartika, kerana di sana ada penguin yang tidak menggangu ketenteraman,” katanya Nazri Aziz sidang medianya di Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, orang kuat Mahathir, Datuk Zainuddin Maidin mendakwa yang Mahathir sekali lagi mendapat kemenangan politik ‘paling bermaruah dan bergaya’ apabila debatnya dengan Nazri Aziz dibatalkan. Pihak polis telah menarik balik kebenaran terhadap program anjuran Sinar Harian di Shah Alam 7 April ini.

“Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr Mahathir,” kata Zainuddin atau lebih popular dengan panggilan Zam di blognya.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mengumumkan debat berkenaan dibatalkan -kurang 24 jam selepas pihak polis memberikan kebenaran.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff hari ini berkata, keputusan menarik balik kebenaran itu dibuat atas faktor keselamatan, berdasarkan 18 laporan polis diterima pihak berkuasa itu.

Nampaknya Zam terpaksa menjilat ludah beliau semula memandangkan Nazri Aziz tidak pernah menarik diri dari berdebat dengan Mahathir.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*