Muatnaik Gambar Sarung Cincin, Shila Amzah Bagi ‘Hint’ Sudah Temui Pengganti?

Share This:

Sehari dua ini nama penyanyi Shila Amzah kembali meniti di bibir para peminat dunia seni tanah air.

Bukan sahaja kerana berita pernikahan yang berlangsung oleh bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad sebaliknya berita kes saman malu yang melibatkan media tempatan yang dilaporkan penyanyi itu tewas dalam kes tersebut.

Terbaru, peminat mula tertanya-tanya dengan status terbaharu Shila di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah..” ringkas sahaja kapsyen yang ditulis, sambil menunjukkan gambar dia menyarung cincin di jari manisnya.

Peminat mula membuat spekulasi, ada yang berkata Shila sudah menemui pengganti dalam hidupnya dan ada juga yang tertanya-tanya adakah ia adalah ‘hint’ Shila sudah bertunang?

Namun, pada waktu ini gambar tersebut kami dapati telah dipadam menerusi akaun Instagram Shila.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*