Lelaki Ini Perah Keringat Berkayuh Hantar Tiga Murid Ke Sekolah

Share This:

Gambar ini sudah mula menjadi viral di media sosial Facebook hari ini dan ia tersebar di beberapa group dan page di media sosial berkenaan menunjukkan betapa pengorbanan seorang lelaki yang tiada tolok bandingnya.

Ia memperlihatkan seorang lelaki tua sedang mengayuh basikal membawa tiga orang murid sekolah untuk di tengah-tengah panas terik tengah hari.

Lelaki itu mengayuh basikal berkenaan di depannya seorang kanak-kanak lelaki dan dua orang murid perempuan di bahagian belakang basikal berkenaan.

Daripada papan tanda yang kelihatan dalam satu daripada tiga keping gambar berkenaan yang tertera nama negeri Kedah, mungkin kejadian ini berlaku di negeri utara tanah air itu.

Memang memenatkan untuk seseorang mengayuh basikal dengan beban tiga orang serentak yang bersaiz kanak-kanak untuk dihantar ke sekolah.

Ia mencetuskan banyak perasaan kasihan dan simpati para netizen yang mula mahu mencari siapa gerangan lelaki berkenaan yang begitu bersungguh-sungguh berkorban tenaganya untuk menghantar kanak-kanak berkenaan ke sekolah.

Sudah pasti sekolah berkenaan terletak paling dekat pun mungkin lebih dari 1 kilometer dari rumah mereka.

Jika lelaki itu bapa mereka, sudah pasti dia benar-benar mengerah tenaga setiap hari selama lima hari seminggu berkayuh basikal menggunakan keringatnya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah demi mendapatkan pelajaran yang baik.

Diharapkan ada pihak yang dapat mengesan siapa lelaki berkenaan dan memberikan bantuan kepadanya yang perlu untuk memudahkan cara hidupnya mencari rezeki dan menghantar anak-anaknya ke sekolah. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*