Keruntuhan PPBM Semakin Dekat?

Share This:

Kata orang, jika niat tidak baik, sebarang usaha pastinya tidak berkat dan tidak lama. Inilah bayangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden. Satu persatu masalah timbul yang menyaksikan parti ini berada pada situasi yang cukup goyah, sejak ditubuhkan kura-kira 5 bulan yang lalu.

Sebelum ini, parti ini menyaksikan bagaimana Ketua Srikandinya dipecat gara-gara skandal seksnya. Kemudian, berlaku pendedahan bagaimana beberapa usaha pemuda parti ini merasuah orang ramai untuk menyertai PPBM menerusi kaunter pendaftaran terbuka. Tidak lama kemudian, Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang melanjutkan pelajaran ke Oxford dan meninggalkan PPBM dan dunia politik.

Terkini, Timbalan Presiden GKCM iaitu Mohd Zin Mustapa telah memberi kenyataan berkenaan pendirian tidak menyokong kepimpinan Tertinggi PPBM.

GKCM yang di kenali sebagai salah satu pihak yang terawal mengambil pendirian berlawan dengan Datuk Seri Mohd Najib kini mula menyesali pendirian menyokong PPBM. Menyebut banyak kepincangan dalam PPBM sebagai salah satu sebab penarikan sokongan GKCM terhadap parti yang amat baru ini jelas menunjuk kan betapa PPBM sebuah parti kapal hendak karam.

Tidak cukup dengan itu, ada diantara ahli parti termasuk orang kuatnya sendiri memilih untuk meninggalkan parti berikutan kecewa dengan corak dan pengurusan parti itu sendiri. Apa sudah jadi dengan PPBM? Adakah ini lambang sebuah parti yang diwar-warkan sebagai parti pengganti kepada UMNO tidak lama dahulu?

Sejarah tidak pernah berbohong. Satu ketika dahulu, Semangat 46 juga dilahirkan hasil daripada kekecewaan ahli UMNO terhadap Presidennya. Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah memilih haluan berbeza setelah cukup kecewa dengan cara Mahathir menguruskan UMNO sehingga menyaksikan wujud kem A dan kem B di dalam UMNO itu sendiri.

Namun usaha Ku Li ini tidak dapat bertahan lama sebelum parti ini akhirnya dibubarkan dan lebih separuh daripada ahli parti ini kembali kepangkuan UMNO. Melihat kepada keadaan semasa PPBM, bukan satu perkara mustahil apabila PPBM berkemungkinan besar turut berhadapan dengan kehancuran sebelum sempat memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum ke 14 dan ahlinya kembali ke pangkuan UMNO termasuk para pemimpinnya.

Kesimpulannya, benarlah bak kata orang tua-tua dahulu. Jika di awalnya niatnya tidak baik maka pengakhirannya juga tidak akan baik. Mungkin ada diantara ahli PPBM yang akan menyanggah perkara ini namun jika direnung dengan fikiran terbuka, nasib PPBM tidak ubah seperti nasib yang menimpa Semangat 46.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*