Ke Mana Perginya Wang RM305 Juta Buat Kajian Projek?

Share This:

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab dan memberi penjelasan bagaimana penggunaan bajet RM305 juta untuk membuat Kajian Kemungkinan, Rekabentuk Lengkap dan Penilaian Impak kepada alam sekitar untuk projek terowong dasar laut dilakukan serta mengapa ia masih belum diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya.

Pada 1 April lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menasihati Guan Eng bahawa beliau tidak perlu menangguhkan lagi pertemuan dengan pihak kementerian walaupun kajian yang dibuat baru sahaja mencapai tahap 87 peratus siap.

Takkanlah kertas kerja untuk kajian dengan harga sebegitu mahal lambat untuk disiapkan? Ke mana sebenarnya wang itu sudah pergi?4

Menurut Fadillah, Guan Eng tidak perlu menunjukkan rasa terkejut dengan permintaan Kementerian Kerja Raya yang mahu menyerahkan dokumen sokongan.

Setiausaha Agung DAP itu diminta bertemu dengan pihak kementerian minggu depan untuk membincangkan isu berhubung kelewatan menyiapkan kajian berkenaan.

Sudah lima kali kementerian memohon mendapatkan dokumen sokongan itu bagaimanapun Guan Eng masih belum menyerahkannya.

“Guan Eng sendiri yang memaklumkan pada Ogos 2016, bahawa kajian berkenaan masih belum siap dan dijangka dapat diserahkan kepada kami sama ada hujung tahun lalu atau awal tahun ini.

“Suku pertama tahun ini sudah berakhir dan menjadi hak kami untuk mendapatkan maklumat terkini daripada beliau.

“Kami sangat terkejut apabila Guan Eng memberitahu bahawa kajian setakat ini masih 87 peratus dan belum dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, tujuh bulan lepas, Guan Eng mengatakan sehingga Ogos 2016, kajian yang dilaksanakan adalah sebanyak 84 peratus.

Sebelum itu, Ketua Menteri itu membuat pengumuman bahawa kajian berkenaan akan dapat disiapkan sepenuhnya dan dihebahkan kepada umum pada April 2014.

Fadillah difahamkan alasan yang diberikan oleh Guan Eng berhubung kelewatan kajian berkenaan adalah disebabkan proses penambakkan masih belum dapat disiapkan sekalipun projek berkenaan sudah diberikan sejak 1999 dan DAP mengambil alih pemerintahan negeri itu sejak sembilan tahun lalu.

Katanya, beliau dimaklum projek tambakkan berskala besar itu sudah bermula bahagian pulau sejak setahun lalu.

“Kami perhatikan tiada kerja pembinaan peringkat negeri dijalankan untuk nilai RM6.34 bilion, sama ada untuk terowong atau lebuh raya link ketiga sedangkan kerajaan Pulau Pinang memaklumkan pada pihak awam bahawa kerja pembinaan akan bermula 2015.

“Kami sangat terkejut apabila Guan Eng memberi jawapan bahawa tiada keperluan untuk menyiapkan kajian itu dalam masa yang ditetapkan,” katanya.

Jadi sekarang, ke mana perginya wang itu? –  pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*