Kalah Bertaruh, Lelaki Diikat Pada Tiang Lampu

Share This:

Gara-gara kalah bertaruh, seorang lelaki diikat pada tiang lampu isyarat oleh rakan-rakannya.


Miguel Chavez, 17, diikat pada tiang berkenaan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk di Houston, Texas menggunakan pita pelekat kalis air.

Foto: The Sun

Video yang dimuat naik di Internet itu menjadi tular disebabkan lelaki tersebut kalah bertaruh untuk satu perlawanan bola keranjang.


Memetik laporan The Sun, polis terpaksa dipanggil bagi menghentikan ‘kegilaan’ ini.


Walau bagaimanapun, polis sebelum itu bertindak mengancam seorang lelaki yang menghampiri tiang tersebut sebelum menyedari dia sebenarnya datang untuk menyelamatkan Miguel.

Foto: The Sun

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*