Gay Berkabung, Pencipta Bendera Pelangi LGBT Meninggal

Share This:

LOS ANGELES – Gilbert Baker (foto atas), artis yang mencipta bendera pelangi – simbol kebanggaan kelompok Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di seluruh dunia, disahkan meninggal.
Berita sedih tersebut disampaikan sendiri oleh saudara terdekat kepada mendiang, yang juga merupakan seorang aktivis pejuang hak asasi manusia Barat, Cleve Jones, kepada pihak media tempatan pada lewat Jumaat.

Gilbert meninggal dunia dalam usia 65 tahun. Dia adalah individu yang bertanggungjawab mereka bentuk bendera pelangi dengan jalur berwarna, untuk digunakan sempena hari kebebasan kaum gay di San Fransisco pada 1978.

Bekas askar Amerika Syarikat (AS) itu telah terlibat aktif dalam pergerakan bagi perjuangan hak kelompok LGBT yang dilaknat Allah SWT sejak dekad 1970-an lagi. Dia ialah rakan baik aktivis Harvey Milk, yang mati dibunuh.

“Saya sangat sedih. Kawan baik saya di dunia ini telah pergi. Gilbert memberi dunia sebuah bendera pelangi, dia pun beri cinta dan persahabatan selama 40 tahun untuk saya,” kata Jones dalam komentar menerusi akaun Facebook.

“Saya tidak dapat berhenti menangis. Saya mencintai Gilbert selama-lamanya,”ujarnya lagi. Dia bagaimanapun tidak pula mendedahkan punca sebenar kepada misteri kematian Gilbert sama ada akibat AIDS atau jenayah.

Namun berita yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP daripada sumber akhbar San Francisco Chronicle menyatakan bahawa artis tempatan itu meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di New York, malam Khamis.

Jones dalam pada itu turut mengajak seluruh rakan Gilbert di San Francisco untuk berkumpul dalam acara memperingati kematian mendiang sambil membawa bendera pelangi dikibarkan megah sekitar daerah Castro.

Gilbert lahir di Chanute, Kansas pada 1951, dan pernah menjadi anggota tentera AS selama dua tahun. Ketika dalam perkhidmatan, dia ditempatkan di San Francisco, lokasi gerakan pembebasan kelompok LGBT berpusat.

“Saya masih berbicara dengan Gilbert bulan lalu. Dia telah memberikan karya terbaiknya bagi kami, bendera pelangi merupakan harta berharga di dalam sejarah kami,” kata Robert York, Pengarah Kanan di National Quality Forum.

Bendera pelangi atau juga disebut sebagai bendera kebebasan asalnya ada jalur lapan warna sebelum dikurangkan kepada hanya enam kerana dianggap lebih praktikal untuk dijahit kemas.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*