Fathia Latiff Cuba Hasut Rakyat Benci Kerajaan?

Share This:

BUKAN lagi rahsia bahawa harga petrol di Malaysia merupakan antara yang termurah sehingga mendorong negara-negara jiran menyeludup minyak dari negara kita. Malah ketetapan harga petrol secara mingguan juga telah menyebabkan harga tersebut semakin murah daripada sebelum ini.

Namun pelakon Fathia Latiff pula menyatakan kebimbangan dan juga kekesalannya dengan harga petrol masa ini yang dikatakan membebankan rakyat. Adakah Fathia cuba menghasut rakyat dengan fakta-fakta palsu. Beliau dilihat amat tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan pendapat.

Untuk makluman, beberapa bulan yang lepas Fathia dilihat bersama beberapa artis yang pro pembangkang telah berjumpa dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.  Adakah kenyataan beliau kini merupakan hasil daripada perjumpaan tersebut?

Menerusi laman Instagram miliknya, Fathia memuat naik gambar resit minyak keretanya yang katanya harga pada masa ini sangat memberi kesan.

“Okay dulu, isi tank minyak kereta rm100 dah penuh. Now, isi minyak rm100 dapat lebih skit dari half tank.

“Kalau i takpa lagi, ni kalau orang lain yang kurang berkemampuan, macam mana mereka struggle eh? pls do something kepada sesiapa yang terasa. Please do something for the citizen. Takda rasa belas kasihan ke. Tolong jangan cakap nak bantu tapi kelaut.”

Nasihat PRU14.tv kepada Fathia, semak dan periksa sumber maklumat dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Kegagalan untuk mendapatkan maklumat yang tepat akan membuatkan beliau diperbodohkan dan dipergunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik peribadi.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*