10 Pemimpin Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia – Bahagian 1

Share This:

Sudah menjadi lumrah manusia, setiap komuniti ataupun kumpulan, pasti akan memerlukan seorang ketua. Ketua berkenaan dipilih setelah menilai nilai kepimpinan dan keupayaannya membimbing kumpulan atau sesuatu komuniti. Sebaik sahaja dipilih, maka bermulalah ujian sebenar terhadap kemampuan seseorang ketua memerintah dan membimbing sesuatu komuniti atau kumpulan berkenaan.

Tidak dinafikan, ada diantara ketua yang mampu mentadbir dengan baik dan adil. Namun ada juga ketua yang akan bertukar menjadi seorang yang cukup kejam dan akan terus dikenang dalam lipatan sejarah. Berikut merupakan 10 orang pemimpin yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup kejam dalam sejarah dunia.

1. Idi Amin – Uganda (1928-2003)

Idi Amin akan dikenang sebagai seorang Presiden sebuah negara Afrika yang paling banyak mengarahkan pembunuhan beramai-ramai. Sepanjang lapan tahun pemerintahannya, rekod rasmi mangsa pembunuhan politiknya dianggarkan mencecah 200 ribu orang. Namun menurut beberapa orang saksi, jumlah sebenarnya jauh lebih ramai dan dianggarkan mencecah angka 500 ribu orang.

Idi Amin mula mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1971. Dia bercita-cita mahu mewujudkan sebuah negar ayang berpaksikan kepadanya dan hasil daripada inilah, dia mula melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap musuh politiknya.

Pemerintahan kuku besinya akhirnya berjaya digulingkan pada tahun 1979 dan sampai saat-saat kematiannya, dia tidak pernah menyesal atas segala kesalahannya. Pada 23 Julai 2003, dia meninggal di Hospital King Faisal, Jeddah, Arab Saudi karena gagal ginjal. Dia dikebumikan di Jeddah setelah kerajaan Uganda pada ketika itu enggan menerima jasadnya dikebumikan di Uganda atas segala kekejamannya.

2. Atilla The Hun – Eropah (406-453 Masihi)

Pada ketika Eropah berada pada zaman keagungan dua buah kerajaan iaitu Rom dan Constantinople, secara tiba-tiba munculnya nama Atilla yang dipercayai berasal dari Monggolia. Siapa menyangka, dia mampu membentuk sebuah kerajaan yang cukup besar di mana kerajaannya bermula dari Sungai Ural ke Sungai Rhine dan dari Sungai Danube ke Laut Baltik.

Mengikut sejarah, Atillah mengetuai satu kaum yang diberi nama Hun dan dikatakan, dia amat suka berperang dan menakluk kerajaan-kerajaan asing. Dia adalah seorang raja yang dikatakan tidak mempunyai istana yang tetap kerana ketaksubannya berperang dan meluaskan pengaruh dan empayarnya. Ianya sesuai dengan cita-citanya yang mahu menakluk seluruh dunia, impiannya sejak kecil.

Di katakan, sepanjang pelanggaran Atilla ke beribu-ribu buah daerah yang ada, angka korban akibat kemaruk perangnya mencecah lebih sejuta orang di mana suku daripadanya adalah terdiri daripada anggota tenteranya sendiri. Perjalanan perang Atilla hanya berakhir di Danube, antara istana kegemarannya akibat di racun semasa malam perkahwinannya.

3. Pol Pot – Kemboja (1925-1998)

Dia dikenali sebagai seorang pemimpin utama Khmer Rouge diantara tahun 1975 hingga 1979. Penubuhan parti ini sebenarnya berasaskan kepada fahaman pemimpin tertinggi Soviet Union, Joseph Stalin dan tidak hairanlah Pol Pot cuba membawa idealogi komunisme di Kemboja. Dia juga adalah pemimpin yang bertanggungjawab mencetuskan Perang Vietnam pada tahun 1979.

Dari tahun 1976 hingga 1979, dianggarkan lebih 3 juta orang maut hasil daripada dasar kerajaannya yang mahu membentuk satu kerajaan solid komunisme. Dia dikatakan telah mengarahkan kesemua ketua angkatan tenteranya menghapuskan sesiapa sahaja yang menetang kerajaan tanpa mengira umur, pangkat, jantina dan usia.

Pada penghujung usianya, Pol Pot berjaya diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda. Namun, dunia tidak dapat melihat dia menerima hukuman keatas segala kekejamannya apabila menemui ajal pada 15 April 1998 di Kemboja. Apa yang menariknya, sehingga akhir hayat, dia tidak pernah mengaku mahupun meminta maaf di atas segala kekejamannya.

4. Vlad Tepes – Romania (1431-1476)

Bagi penggemar filem seram, antara watak yang paling diingati adalah watak Drakula. Ramai yang tidak menyedari bahawa Bram Stoker, pencipta Drakula, sebenarnya mengambil ilham daripada kekejaman seorang putera Raja Romania, Vlad Tepes. Vlad sebenarnya mempunyai banyak nama iaitu Vlad The Impaler, Vlad The Dracul selain daripada nama asalnya sendiri.

Apa yang membuatkan Vlad tersenarai dalam senarai ini adalah kekejamannya yang disifatkan oleh rakyat Transylvania pada ketika itu, seperti kelahiran seekor Syaitan menyarungi tubuh manusia. Dia diakatakan terlalu gemarkan darah sehingga semua hidangan yang diberikan kepadanya harus dicampur dengan darah manusia samada dari kalangan hamba, musuh mahupun rakyatnya sendiri.

Menariknya, Vlad mempunyai pasukan tentera yang cukup digeruni. Bagi kebanyakan Raja-Raja Eropah pada ketika itu, pasukan tentera milik Vlad merupakan pasukan yang cukup digeruni dan tidak hairanlah semasa perang antara Hungary dan Kerajaan Uthmaniyah, Turki (1366-1526), pasukan tentera Vlad turut serta. Tenteranya dilihat cukup aktif membunuh dan ramai dikalangan tawanan perangnya lenyap begitu sahaja.

Tiada catatan sejarah yang mencatatkan bila Vlad menemui ajalnya namun kali terkakhir pasukan tentera dan istana melihatnya adalah pada tahun 1476 dan dia di dapati lesap begitu sahaja tanpa kesan. Atas sebab inilah, dia dijadikan bahan momokan dengan dakwaan dia adalah Drakula dan akan berkeliaran di seluruh dunia sehingga kiamat.

5. Ivan IV – Russia (1530-1584)

Bagi rakyat Russia, nama Ivan IV merupakan satu nama yang cukup menghadirkan gerun. Dengan membawa nama Ivan the Beast atau Ivan the Terrible dia merupakan seorang pemimpin yang dilahirkan untuk membawa kepada kematian buat semua musuhnya. Semuanya bermula apabila bapa Ivan IV, Ivan cukup gemar melakukan pembunuhan beramai-ramai di hadapan Ivan IV semasa dia masih kecil lagi.

Dia sebenarnya seorang yang cukup pintar namun mindanya telah dirosakkan oleh bapanya akibat kekejaman yang berlaku dihadapan matanya. Antara kekejaman yang akan dikenang dalam sejarah apabila Ivan IV bertindaka mengarahkan tenteranya membina tembok yang tinggi dan menghimpunkan kira-kira 30 ribu tawanan tanpa mengira umur mahupun jantina sebelum membakar mereka hidup-hidup.

Menurut sejarah, Ivan IV menguasai menguasai Kazan (1552), Astrakhan (1556) dan juga daerah lainnya. Beliau berperang melawan Ordo Livonia, Sweden, Poland dan Kerajaan Suci (Perang Livonia, antara tahun 1558-1583). Ivan IV akhirnya menemui ajal pada 1584 karena penyakit Strok ketika sedang bermain catur dengan Bogdan Belsky yang merupakan rakan sekutu kekejamannya.

Comments

comments

Related Post

One thought on “10 Pemimpin Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia – Bahagian 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*