DAP Pegang Kuasa Pakatan Harapan Sepenuhnya, Melayu Hanya Boneka

Share This:

Satu persatu skandal yang mula dibongkar dalam pemerintahan Pakatan Harapan, Skandal yang melibatkan wang rakyat berbillion ringgit dan tidak pernah diambil tindakan perundangan yang sepatutnya.

Pakatan Harapan terus membiarkan kebajikan rakyat terabai dan  pemimpin yang ada terus melakukan penyelewengan   demi penyelewengan dan tindakan ini disokong oleh pemimpin yang  lain setelah mereka “Dikenyangkan” dengan  “hadiah” yang melimpah ruah.

Kepimpinan Pakatan Harapan hanya menunggu masa untuk dikuburkan sahaja. Rakyat sedang marah dalam diam, marah apabila sebuah negeri yang begitu maju dan kaya  akhirnya hancur dalam kepelbagaian bentuk  bila berada ditangan pembangkang.

Pembangkang yang diketuai oleh DAP hanya tahu  melihat peluang kekayaan sahaja yang ada dihadapan mereka, sedangkan lalang ditepi jalan pun tidak mampu dibuang. Apatah lagi sampah sarap yang menutupi longkang.

Alam sekitar yang kian hancur ditangan pembangkang, hutan bukit tidak diberikan peluang untuk hidup yang nyata membekalkan oksigen untuk kehidupan. Ini lah pembangkang yang ada di Malaysia. Satu kajian telah dibuat dengan mengatakan bahawa pembangkang di Malaysia adalah sekumpulan parti politik yang hanya tanhu mengkhritik dan tidak ada  idea untuk membangunkan negara.

Pembangkang di Malaysia menurut kajian yang dibuat adalah mereka yang tidak pernah mempunyai jati diri atau sifat kenegaraan untuk membela negara akan tetapi mereka adalah sekumpulan manusia yang hanya mampu melihat kemusnahan  dan menghancurkan negara sendiri.

Susulan kajian tersebut telah mengenalpasti kecenderungan pengundi Melayu terhadap parti yang akan dipilih pada PRU14 serta mengetahui isu yang memberi kesan terhadap pengundian tersebut.

Rata-rata dikalangan rakyat atau pengundi  menyatakan akan berubah pilihan dengan melihat apa yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan  dimasa kini.

Perkara yang paling banyak diperkatakan apabila ramai pengundi melihat bagaimana  keruntuhan Pakatan Harapan dalam memartabatkan Islam dan membela Islam  sehingga terdapat secara jelas sokongan diberikan kepada  fahaman songsang seperti LGBT, Gay dan sebagainya.

Bukan itu sahaja , rata-rata pengundi didalam negeri Pakatan Harapan berada didalam keadaan “tekanan”  dan “trauma” untuk melakukan perkara yang melibatkan  usaha memartabatkan Islam.

Rakyat merasakan terancam  dan takut diambil tindakan  apabila melihat tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh DAP  di Pulau Pinang. Di Selangor walaupun Azmin memerintah akan tetapi kuasa sepenuhnya dipegang oleh DAP.

Semua rakya tahu hal ini,  Sebab itu pusat maksiat dan pelacuran telah meningkat sebanyak 600% di Selangor dan halangan halangan untuk mencegahnya tidak diambail sama sekali. Jabatan Agama Islam Serlangor dilihat tidak berkuasa dalam menangani hal ini.

Ini adalah keran terdapatnya “ancaman” yang dibuat dalam bentuk kenyataan dan fizikal banyak terjadi. Rakyat melihat perkara yang  paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ dan kos sara hidup yang diwar warkan oleh Pakatan Harapan hanya lah gimik politik semata mata.

Sekarang, apa yang sedang dilakukan oleh UMNO sejak dahulu lagi tidak pernah lari dari agenda untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan  Negara. Barisan Nasional dan UMNO  terus memastikan hak-hak kaum lain sama terbela dan  kebebasan mengamalkan anutan masing masing tidak pernah dihalang.

Memartabatkan Islam berkait rapat dengan pengundi Melayu yang sentiasa melihat  parti yang lebih berperanan dalam memartabatkan Islam.Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu.

Justeru itu Agama Islam bukan untuk diperlekehkan sebagaimana dilakukan oleh Pakatan Harapan. Islam itu adalah untuk dijulang dan disanjung serta dilindungi dari apa jua ancaman yang menganggu gugat kedudukan nya.

Untuk Islam , pengundi harus menukar pilihan dan mengundi BN pada masa akan datang dan bukan lagi bersekongkol dengan penyokong yang mengatakan agama itu sama diantara agama yang lain termasuk Islam.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

One thought on “DAP Pegang Kuasa Pakatan Harapan Sepenuhnya, Melayu Hanya Boneka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*