Banjir Kilat Lagi, Mana Janji DAP Atasi Banjir Pulau Pinang Dengan Mudah

MEMANG lumrah Pakatan Harapan yang diketuai DAP bercakap besar seolah-olah mereka boleh memberi bulan dan bintang kepada pengundi namun realitinya semua itu sekadar “gula-gula” untuk mengumpan.

Masihkah anda ingat bagaimana DAP mengkritik Barisan Nasional Pulau Pinang dan dengan bongkak mengatakan apabila DAP menang dinegeri tersebut mereka akan dapat mengatasi masalah banjir di negeri Pulau Mutiara itu dengan mudah?

Kini terbukti janji DAP bohong belaka. DAP telah memerintah Pulau Pinang beberapa penggal namun masalah banjir di negeri tersebut masih berterusan. Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak pukul 7 malam semalam. Keadaan banjir kilat ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow  telah mengeluarkan kenyataan di George Town pada 1 April 2017, jam 2051.

Adalah dimaklumkan bahawa akibat hujan lebat yang mula turun kira-kira 7 petang, banyak kawasan didapati air sudah melimpah atas jalan. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya bersiap-sedia untuk menghadapi banjir kilat. Kawasan-kawasan tersebut termasuk Jalan P. Ramlee, Sungei Ara, Relau, depan Hotel Alora, depan Hotel Vistana, Bukit Jambul dan Bayan Baru.

Setakat ini, hanya Barisan Nasional dapat mengotakan janji kepada rakyat. Pakatan Harapan pimpinan DAP hanya tahu mengkritik, memfitnah dan memberi janji kosong. Kita perlu bijak membuat pilihan.

  • PRU14.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *