Adakah Lim Kit Siang Akan Bertanding Di Kedah Pula?

Share This:

Dengar ceritanya, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang akan berpindah ke negeri Kedah pula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti kerana semakin hilang sokongan di Gelang Patah, Johor.

Baru-baru ini, penduduk di kawasan itu yang diwakili beliau, sudah meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kit Siang tidak kelihatan langsung di kawasan Parlimen itu menjaga kebajikan rakyat sebaliknya sibuk di Parlimen mengutuk dan memburukkan kerajaan serta pemimpin.

Ada desas-desus mengatakan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ada menawarkan kerusi kepada Kit Siang untuk bertanding di Kedah.

Pada 1969 hingga 1974 dulu, Kit Siang berjaya menang kerusi Parlimen di Kota Melaka dan ketika itu dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 18 bulan.

Kemudian, pada 1974 hingga 1978, beliau menang kerusi Parlimen Kota Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu di Melaka.

Pada tahun 1978 hingga 1982, Kit Siang menang pula kerusi Parlimen Petaling Jaya.

Kemudian, dari tahun 1982 hingga 1986, dia menang kawasan Parlimen Kota Melaka.

Pada 1986 hingga 1989, Kit Siang menjadi Ahli Parlimen Tanjog dan ADUN Kampong Kolam di Pulau Pinang.

Pada tahun 1990, Kit Siang menang kerusi ADUN, Padang Kota, Pulau Pinang sebelum pada tahun 1999 kalah dalam pilihan raya.

Kemudian 2004, Kit Siang menang kerusi Parlimen Ipoh Timur dan mempertahankan kerusi berkanan pada 2008.

Pada 2013, barulah Kit Siang menang PRU di kerusi Parlimen Gelang Patah menewaskan Menteri Besar Johor pada masa itu, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Perjuangan politik Kit Siang tidak menjurus kepada berbakti kepada rakyat tetapi lebih kepada merayau-rayau di serata Semenanjung Malaysia mencari lokasi untuk bertanding asalkan menang dan beliau boleh terus membuat kecoh di dalam Dewan Rakyat mengutuk kerajaan.

Selepas penduduk di Gelang Patah mula meluat dan tawar hati dengan Kit Siang, beliau nampaknya akan bertanding di Kedah dan mungkin pengakhiran kariernya dalam bidang politik jika bertanding di sana.

Adakah Kit Siang masih enggan berundur dari bertanding pada pilihan raya dan terus mencari pula lagi lokasi lain untuk bertanding pada ketika itu? – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*